..

UNDER CONSTRUCTIONS...

lihat seterusnya DI SINI (KLIK)

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia, di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja bertarikh 14 November 2012 telah bersetuju untuk mengambil ketetapan berikut:

2. Secara prinsipnya, DPPM berpegang kepada nilai amanah dan integriti yang tinggi di kalangan pimpinan dan ahli dalam melaksanakan agenda siyasah, dakwah dan tarbiah;
Amalan pengisytiharan harta di kalangan penjawat awam adalah sangat baik supaya unsur pecah amanah dan salahguna kuasa dapat dihalang dan dihapuskan, dan DPPM berpendapat amalan ini wajar dipraktikkan oleh pemegang jawatan parti politik yang bertanding untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan;

3. Seluruh kepimpinan DPPM bersetuju untuk melaksanakan amalan pengisytiharkan harta secara sukarela demi menjaga nilai amanah dan integriti peribadi dan parti dengan mengambil langkah-langkah berikut:

* Menggunakan format yang digunapakai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai kriteria minima pengisytiharan harta oleh setiap pimpinan dan ahli keluarga, jika perlu;

* Pengisytiharan harta oleh setiap AJK DPPM diserahkan kepada Ketua Pemuda untuk disimpan dan dipantau oleh sebuah Badan Hisbah dalaman dan akan diserahkan kepada Presiden PAS dan Mursyidul Am mengikut keperluan semasa;

* Selesai proses pemilihan calon pilihanraya, DPPM secara sukarela akan mempamerkan borang deklarasi pengisytiharan harta milik AJK DPPM yang dimanahkan oleh parti sebagai calon pilihanraya, untuk dinilai oleh rakyat keseluruhannya.

4. Justeru pada detik 1 Muharam 1434H yang penuh mulia ini, saya selaku Ketua Pemuda DPPM, mengambil langkah pertama dengan mengemukakan deklarasi pengisytiharan harta saya sebagai tanda komitmen seluruh AJK DPPM dalam menjaga nilai amanah dan integriti peribadi dan parti.

1 das tembakan!:

Anonymous said... January 14, 2013 at 8:37 AM

Najib,rosmah,muhyiddin bila lagi ?

 
Top