Nazri Aziz Akan Saman Rafizi Ramli??


Hummer hitam adalah rasuah oleh usahawan 
Micheal Chia yang sedang dalam siasatan SPRM kepada 
DS Nazri Aziz (Menteri SPRM)?

Beranikah Nazri saman Rafizi untuk membersihkan
tuduhan tersebut? Atau bertindak bacul seperti Anwar
Ibrahim selepas video panasnya dibongkarkan...

Kenderaan mewah tersebut kini digunakan 
oleh anak Nazri, Nadim (gambar atas) yang tidak 
habis-habis disalut kontroversi sehingga 
menjadi bebanan kepada UMNO/BN lebih dari  
dari mencalarkan reputasi bapanya sendiri.

Mengaitkan video adalah 'besi' seperti kenyataan 
Hj Hadi Awang terhadap video seks Anwar Ibrahim adalah 
satu teknik difensif bangang kerana gua percaya 
Rafizi mempunyai bukti lebih dari video ini. 
Kita asyik diperbodohkan oleh strategi propaganda mereka.
Situasi itu seperti menerima kenyataan
gol kita dibolosi 1-1. Sedangkan yang harus
bertanggungjawab cuma Nazri seorang, bukan UMNO/BN
keseluruhannya!


Nazri Aziz dengan gaya & nada erogannya sudah 
cukup menjadi liabiliti besar di dalam UMNO/BN selama ini... 
Tugasnya mengawal AG tidak berfungsi dengan baik 
bila banyak kekalahan di pihak kerajaan di mahkamah  
ekoran kelemahan memilih peguambela/cara. 

Lihat juga kelembaban tugas AG dalam banyak hal 
seperti pendakwaan ke atas peserta BERSIH sehingga 
pihak polis (KDN) menjadi mangsa cemuhan. 
Nazri yang harus bertanggungjawab, bukan DS Hishammuddin!

Mengapa beliau lebih suka melayan hal-hal picisan 
seperti si mangkuk NAMEWEE melebihi 
hal mengawal tingkahlaku anaknya yang  
bergelumang atas ranjang kontroversi... 
Gelaran yang diberikan oleh pembangkang adalah
ANAK PEMIMPIN UMNO
bukan
ANAK NAZRI AZIZ!

Jangan Nazri Aziz menjadi salah satu punca
kekalahan BN dalam PRU13... 
DS Najib Razak mesti bertindak sewarasnya 
melebihi segala bodek & lakonan pemimpin 
bawahannya.

Sudahlah UMNO/BN dipalit oleh lumpur kotor 
kesengalan pemimpin-pemimpin seperti ini.
sudah CUKUP sudah!



Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta Michael Chia, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya,bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nadim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).

Comments