..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Setelah beberapa kali meneliti video kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Sabtu lalu berhubung kebebasan beragama bagi kaum Melayu, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Ali berpendapat ianya jelas menggambarkan maksud sebenar pemimpin itu.

Hasan berkata beliau tidak nampak wujud sebarang ruang buat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu untuk menafikan kenyataannya sebelum ini.

“Bagi saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah yang kita dengar, yang kita tatapi, yang kita baca dua, tiga hari ini, saya tidak nampak boleh ada penafian kepada statement ini..saya tidak nampak langsung.

“Tiada cara nak tarik balik, nak menerangkan lagi, itulah hasratnya..hasrat ayahandanya (Ketua Pembangkang, Datk Seri Anwar Ibrahim), hasrat dianya, hasrat partinya, hasrat kumpulan tiga partinya dalam Pakatan Rakyat (Pakatan – PKR, DAP dan PAS), itulah dia,” tegas Hassan.

Peguam yang bertanya kepada Nurul Izzah sama ada orang Melayu patut diberi kebebasan agama sama seperti bukan Islam pada sebuah wacana, Sabtu lalu, melahirkan rasa kesal apabila Izzah dikatakan menukar nada.

Siti Kasim menegaskan jawapan yang diberikan oleh anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tatkala itu membayangkan beliau (Nurul) menyokong orang Melayu diberikan kebebasan agama sedemikian.

Namun selepas dikritik oleh pelbagai pihak, Izzah mengubah pendiriannya dan bertegas mahu menyaman media yang dakwanya memutar belitkan kenyataannya.

“Saya percaya Nurul (ketika itu) cuma sedang cuba mengambil hati hadirin, beliau tidak memikirkan natijah (kenyataannya), Siti dipetik berkata oleh portal FMT.

Sikap PAS yang dilihat sedikit membisu dalam isu ini turut ditempelak Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.



Apatah lagi katanya, terdapat wakil daripada parti Islam itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa, yang dijemput sebagai panel jemputan bersama-sama Izzah.

“(Hari ini) Pemimpin PAS tidak lagi menyebut perkataan jihad..pemimpin PAS pun sebut tentang demokrasi..pemimpin PAS menyebut tentang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) juga seolah-olah mempertahankannya..(tapi) pemimpin PAS kaku, beku, bisu bila kenyataan yang dikemukakan Nurul Izzah dalam forum ini.

“Siapa sebelah Nurul Izzah? Pemimpin PAS (Mujahid)..seorang doktor, berpelajaran tinggi..pemimpin PAS pusat..hebat..tetapi di akhirnya dia antara manusia yang bertepuk tangan meraikan pendapat Nurul Izzah,” tegas beliau ketika menjadi panel forum anjuran Pertubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang bertemakan ‘Kebebasan Bertukar Agama Dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan’ malam tadi.

Panel jemputan lain yang ditampilkan di dalam forum tersebut yang dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru itu adalah Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI), Dr Yusri Mohamad serta penceramah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah bertindak sebagai moderator.

Forum anjuran Perkasa itu adalah respon kepada kenyataan Izzah yang telah menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam di negara ini. -antarapos

2 das tembakan!:

Anonymous said... November 10, 2012 at 6:33 AM

sebagai umat islam yang cintakan agama Allah ini, maka marilah kita sama-sama mengamalkan bacaan yasin dan mohon Allah jauhkan bala yang dibawa oleh pakatan haram ini. dan sebagai mengambil berkat dari doa pemimpin yang adil lagi zuhud iaitu tuan guru nik aziz nik mat yang mashur itu maka marilah kita gunakan doa tersebut, “ya Allah dengan berkat bacaan yasin dan berkat doa tuan guru nik aziz nik mat yang telah memohon puak yang batil itu hancur lebur dan dihantar tentera ahzab musnahkan mereka … engkau hantarkanlah tentera ahzab dan musnahkan mereka yang batil itu … yang mengamalkan fahaman asobiyah iaitu mempertahankan puak-puak mereka sekiranya puak mereka berzina mereka halalkan dengan berkata tidak salah sifulan berzina dengan bini orang, dan berkata siapa yang fitnah pemimpin mereka meliwat maka orang tersebut perlu jilat kaki pemimpin tersebut dan menggunakan medan ceramah dan kutbah jumaat untuk mempertahankan pemimpin tersebut … itulah amalan asobiyah yang paling hina … musnahkan kesatuan mereka dan pemimpin mereka yang sesat dan menyesatkan itu … ilmuan mereka juga enggan menegur sesama sendiri apabila ada diantara mereka yang mahu berkawan dengan iblis demi menjatuhkan kepimpinan sekarang … musnahkan mereka itu kerana mereka adalah asobiyah yang dihina oleh nabiMu. dan ya Allah ya tuhanku engkau munsahkan pemimpin mereka yang meliwat itu sebagaimana engkau musnahkan puak nabi lut …”

Pakcu Rantau Panjang said... November 10, 2012 at 5:27 PM

Era politik di Malaysia kian meyimpang dari penyumbang kepada rakyat kepada keruntuhan moral rakyat.

Kian jelAS setiap isu yang dipanaskan menampakkan benih benci kesumat yang ditaburkan oleh pemimpin parti- politik yang ingin meraih sokongan rakyat tapi amat licik menjerut leher rakyat marhean yan sempit pemikiran dengan ilmunya agar terjerumus kepada pengikut taksub yang hanya pandai mengiya apa saja yang keluar dari lidah mereka....

Apa lagi jika berada dalam satu pakatan biarpun parti tersebut nadanya berbunyi Islamik tapi sanggup bersekongkol seakan lembu kenyang.......

 
Top