..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Mulanya Datuk Dr. Asri Zainal Abidin yang cuba untuk menjadi 'hero' 
dalam semua pertikaian agama - memberi penjelasannya
berkaitan kenyataan kontroversi Nurul Izzah dalam sebuah 
forum di sebuah gereja di Subang beberapa hari lalu...

Hanya dengan penjelasan MELALUI TELEFON 
oleh Nurul Izzah, Dr Asri turut sama menuduh media perdana
cuba memutarbelitkan fakta (hakikatnya Malaysiakini 
-media pembangkang yang mula menyebarkan berita tersebut).

Agak bias bila Dr. Asri menyuarakan pendapatnya 
berdasarkan penjelasan MELALUI TELEFON oleh Nurul Izzah
sedangkan beliau sendiri belum mendengar sendiri 
rakaman kenyataan Naib Presiden PKR dalam forum tersebut.

Status FB Dr. Asri dihujani komen bertubi-tubi yang mana 
kebanyakan yang mempunyai lebih 20 likes adalah yang mempersoalkan
pendiriannya yang agak bias & prejudis.
Komen2 pencacai PR yang emosi & taksub tidak sampaipun 10 likes.
Di bawah ini dipetik beberapa komen yang menempelak 
kenyataan Dr. Asri...


Mungkin selepas itu baru Dr Asri meneliti rakaman video tersebut (KLIK!)
dan meminta Nurul Izzah sendiri menjelaskan maksud ucapannya dalam
forum yang dihadiri oleh penonton2 bukan Islam tersebut...

Dr Asri patut malu dengan rasa berlagaknya sendiri!


Ini baru pasal Dr. Asri... Nantikan ulasan mengenai Nurul Izzah &
Khalid Samad selepas ini.

Baca juga mengenai perkara ini di blog GELOMBANG KICK!

.

3 das tembakan!:

Iceblender said... November 7, 2012 at 12:14 PM

Nurul gunakan perkataan "bukan melayu" bukan "Bukan Islam"

Anonymous said... November 7, 2012 at 11:11 PM

Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa?

Utusan Malaysia semalam melaporkan berita bertajuk "Melayu perlu bebas pilih agama?"

Antara lain, akhbar itu melaporkan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Dalam berita FMT 3/11/12 bertajuk "Nurul Izzah backs religious freedom for all", antara lain dilaporkan:


Earlier in her speech, Nurul Izzah quoted a decree made by Egypt’s University Al-Azhar president Ahmad el Tayeb and said freedom of belief should be a fundamental right for all.

Izzah dilaporkan memetik fatwa Sheikhul-Azhar, Ahmad el Tayeb, yang menyatakan kebebasan dalam soal kepercayaan seharusnya menjadi hak asasi semua orang.

Saya tidak bercadang hendak membela Ahli Parlimen yang saya undi itu. Dia lagi pandai membela dirinya. Yang saya nak habaq satu ja - Izzah memetik fatwa Sheikhul-Azhar.

(Nota: Secara peribadi, saya lebih bersetuju dengan pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan dalam laporan FMT bertajuk "Aziz Bari explains ‘No compulsion’ verse":
Aziz, an expert on constitutional law, said the verse in question (لاَ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ - Verse 256 of Surah al-Baqarah) did not mean that a Muslim could renounce his faith. “If this is the case, then what is the point of the ruling that says renouncing Islam is a big sin?” he said.)

Bagaimana pula dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek? Dengan berdalihkan istilah 'hudud versi PAS', sesuka hati dan dengan bebas musuh Islam itu menghina Islam serta menyebarkan ideologi Islamofobia. Tentulah dia bebas berbuat demikian kerana Umno merestui dan berhempas-pulas mewali keramatkan syaitan itu.

Kalau Izzah merujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua merujuk fatwa siapa

Anonymous said... November 8, 2012 at 1:17 AM

Dgr kenyataan nurul tu btl2 dr asri...dah terang2 dia ckp camtu..x kan x paham?xkan nak mintak penjelasan lg? Budak kecik pun paham...kalau tye nurul izzah tentulah dia pusing ayat konar baring mcm bapak dia yg lahanat tu...nak tegakkan benang basah!!

 
Top