..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Parti komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP gagasan pembangkang itu masih mempunyai peluang cerah untuk menawan Putrajaya meskipun beberapa ramalan menyebut Umno-Barisan Nasional akan mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, hakikat adalah, trend semasa menunjukkan PR punya sokongan yang menggalakkan di peringkat akar umbi yang membolehkan pembangkang menumbangkan kerajaan semasa.

"Setakat ini, trend menggalakkan bagi PR. Kami akan berikhtiar agar suara rakyat akan memihak kami. Jika pilihan raya dijalankan dengan adil dan munasabah, kami akan mempunyai harapan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas hasil kajian Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang mendapati, BN akan mengekalkan kemenangan pada PRU kali ini jika ia diadakan sekarang.

Menurut Shamsul, meskipun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil, daripada menang 140 kerusi kepada minimum 120 sahaja, BN bagaimanapun akan terus menguasai tampuk pemerintahan.

Shamsul berkata, senario itu berdasarkan kajian yang dibuat pihaknya September lalu.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, N Surendran menolak sama sekali ramalan yang dibuat oleh Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sambil berkata, PR akan menang selesa pada PRU13.

"Ini berlandaskan pengalaman kita setiap hari, setiap minggu turun menjelajah seluruh negara. Ini punca keyakinan kita.

"Lagi pun ia hanya satu ramalan daripada seorang profesor akademik yang tidak mempunyai pengalaman turun ke bawah dan melihat keadaan sebenar di bawah. Kita amat yakin akan mencapai satu kemenangan yang selesa supaya membentuk kerajaan Persekutuan yang baru," kata beliau.

Rekod semasa menunjukkan BN kini memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22), Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) - satu.

Sementara satu kerusi kosong. -SH

0 das tembakan!:

 
Top