..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mahu membatalkan projek kondominium di Batu Caves satu usaha cuba meraih populariti dan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar Selangor menegaskan, tindakan Najib itu tidak profesional dan tidak akan menyelesaikan masalah tersebut.

"Tindakan tidak profesional Perdana Menteri ini memberi kesan negatif kepada integriti dan pentadbiran yang baik kerana sebarang pembatalan projek perlu dilakukan mengikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor, hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menyerahkan kepada rakyat Selangor berkenaan "janji" Perdana Menteri itu memandangkan projek tersebut diluluskan Barisan Nasional ketika memerintah Selangor sebelum Mac 2008.

"Kami komited untuk memperbetulkan semula kecuaian dan kesilapan yang telah dilakukan oleh pentadbiran BN sebelum ini tetapi perlu dilakukan mengikut tatakelola yang betul dan selaras dengan dasar pentadbiran negeri yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak teragak-agak membawa mana-mana pihak ke muka pengadilan sekiranya berlaku kecuaian dan penyelewengan. SH


0 das tembakan!:

 
Top