..

UNDER CONSTRUCTIONS...

JIKA menyokong Umno adalah perkara mungkar, apa pula fatwa menyokong parti dominasi Cina, DAP dan rakan kompenannya, PKR?, soal Pengerusi Jawatankuasa Kerja ILMU, Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau menambah, PAS juga dibelit dakwaan bahawa terdapat ahlinya yang secara terang-terangan menyimpang dari Islam apabila mengamalkan ajaran Syiah dan Khawarij.

"Sebelum membicarakan tentang Umno, bicarakan dulu siapa ahli PAS, bicarakan dulu siapa bersama-sama dengan PAS. Datuk Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) pernah menyatakan, 'Syiah nak masuk PAS, masuk, Khawarij nak masuk PAS, masuk. Jadi, bersihkan yang ini dahulu.

"Sebelum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) berikan hukuman fatwa orang yang menyertai Umno itu satu perbuatan mungkar, saya kira fatwa perlu dikeluarkan dulu yang masuk DAP atau PKR," ujar Fathul.

Nik Aziz sebelum ini melabelkan Umno sebagai kafir dan sesiapa yang menyokong parti itu ibarat menyokong amalan mungkar.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian bagi mempertahankan tindakan adiknya, Nik Razi Nik Mat yang mengetuai himpunan jemaah PAS mendoakan kehancuran Umno pada Muktamar PAS kali ke-58, di Pengkalan Chepa, Kelantan.



Mengulas lanjut, Fathul berkata, fatwa-fatwa yang dikeluarkan pimpinan tertinggi PAS itu dilihat bersadur helah politik yang tentunya memberi keuntungan politik kepada mereka.

"Fatwa tersebut dilihat berkepentingan. Untuk mereka, 'halal', untuk Umno, haram," katanya.

Fathul turut mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjemput Hadi untuk bermuzakarah bagi membincangkan kewajaran menarik balik amanat yang dibuatnya pada tahun 1981.

Susulan amanat itu, satu peperangan antara saudara berlaku membabitkan penyokong PAS dengan kerajaan pemerintah sehingga mengorbankan 14 nyawa selain berpuluh-puluh cedera dan beratus orang ditangkap.

Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 daripadanya yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Amanat Hadi ini memberi implikasi besar dan ianya negatif sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam.

“Hasil dan kesan amanat ini menonjolkan sikap kafir mengkafir. Sebagai contoh wujud situasi di mana pernikahan dengan orang Umno tidak sah. Ziarah jenazah orang Umno tidak sah. Malah pimpinan PAS tahu hal ni,” katanya. -antarapos

0 das tembakan!:

 
Top