..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Ada suara sumbang bergetar di ruang siber dengan kenyataan Tun M berkaitan bencana banjir yang melanda Kedah kerana aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Sekurang-kurangnya Tun M bercakap berdasarkan fakta. Banjir, tanah runtuh dan bencana yang seumpamanya merupakan satu fenomena geologi yang biasa terjadi bila bumi dieksplotasikan secara berterusan seperti aktiviti pembalakan tanpa kawalan.

Bandingkan dengan kenyataan Cikgu Mala yang meyatakan bumi Tenang dilanda banjir kerana kekalahan parti PAS dalam PRK beberapa tahun lalu. Yang mana fakta, yang mana auta?




Dr M: Banjir Di Kedah Kerana Pembalakan

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kerajaan Kedah yang diteraju PAS kerana gagal mengawal aktiviti pembalakan di negeri itu sehingga kerap berlaku banjir luar biasa yang merosakkan rumah dan kemudahan rakyat.

Bekas perdana menteri itu berkata keadaan tersebut antara bukti pembangkang tidak mampu mentadbir negeri dengan baik dan penduduk Kedah perlu mengembalikan kuasa memerintah negeri kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Banjir bukan sahaja merosakkan rumah rakyat, tetapi sisa kayu balak yang dihanyutkan banjir juga memusnahkan kemudahan untuk rakyat seperti jambatan, katanya kepada pemberita, di Sik hari ini.

Dr Mahathir ditemui pemberita ketika melawat kawasan yang terjejas akibat aktiviti pembalakan di Kampung Pelangi, Gulau dekat Sik.

Banjir yang melanda kawasan itu turut merobohkan sebuah jambatan konkrit yang baru siap dibina untuk kemudahan penduduk.

Turut serta dalam lawatan itu ialah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Hanipah dan\ Anggota Dewan Undangan Negeri Belantik Datuk Mohd Tajuddin Abdullah. -BERNAMA

0 das tembakan!:

 
Top