..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Sebanyak lima barang peribadi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya dilelongkan pada Majlis Makan Malam anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan di Dewan Hotel City Kingdom dekat Taman AST di sini, semalam.

Lelongan tersebut diadakan bagi mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Lima barang dimaksudkan adalah lukisan bertajuk Kokok Di Hutan tahun 1986, hasil karya ahli Pas, Abdul Rahman Sulaiman yang dilelong dengan harga RM1,900 dan lukisan pemandangan Hutan Panama juga ciptaannya pada harga RM1,800.

Turut dilelong lima buah buku ilmiah ditandatangani oleh Nik Aziz sendiri, pada harga RM2,600 termasuk jaket miliknya dengan nilai RM1,800.

Barang kelima dalam senarai bidaan pula merupakan sebuah gambar lukisan Masjid Ubudiyah, Perak yang mencecah RM1,400.

Hasil transaksi lelongan tersebut menyaksikan sebanyak RM9,500 berjaya dikutip bagi mengisi tabung dana parti. SH

0 das tembakan!:

 
Top