Skip to main content

#KalimahALLAH: Anwar Pusing Lagi, Pusing Lagi Demi Cita2 Politik!!


Faktanya; Anwar Ibrahim dalam ruang desperado demi cita2 busuknya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Antara mencuri deposit tetap BN di Sabah/Sarawak & menjaga undi umat Islam di Semenanjung, Anwar semakin huru-hara menyatakan pendiriannya berhubung isu kalimah 'ALLAH'. Belum jelas ini keputusan muktamad atau 'berpusing' lagi selepas disergah oleh Karpal Singh & Lim Kit Siang.

Ini sosok yang sanggup menggadaikan akidah umat demi cita2 politik... layakkah dia menjadi PM Malaysia???


Kalimah ALLAH: PR tidak pernah setuju, cuma perakui
SINAR HARIAN
25 Januari 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya semalam. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalahertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham.

Menurutnya, PR tidak mengeluarkan kenyataan persetujuan, sebaliknya memperakui perkara itu berdasarkan hasil perbincangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR.

"Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan berkenaan penggunaan kalimah ALLAH dengan beberapa syarat tidak dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis PR," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR, di sini, semalam.

Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.

"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Majlis Syura Pas sudah membuat ketetapan, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan masyarakat Islam sahaja dan akan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno jika Pakatan Rakyat (PR) bertegas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di negara ini.

Pada 8 Januari lalu, Majlis Pimpinan PR mencapai persetujuan bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan.

Dalam perkembangan lain, Anwar ketika ditanya mengenai kesediaan PKR untuk menghantar senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan, Anwar menjelaskan perkara itu tidak berlaku.

"Mengapa SPRM tak kaji isu Scorpène? Sedangkan isu lembu boleh lepas, ambil tanah boleh lepas tetapi, ada masa nak kaji kita (PKR). Nanti, Permatang Pauh tak lepas sebab masih dalam kajian," katanya.

Comments