..

UNDER CONSTRUCTIONS...

PETALING JAYA: Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah di kalangan pembangkang dilihat belum selesai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian bersama pakatan pembangkang sebelum ini agar kalimah berkenaan boleh digunakan oleh bukan Islam.

Menurut Ketua Pembangkang itu, Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian mereka sebelum ini walaupun Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan bertentangan apabila melarang penggunaanya oleh bukan Islam.

"Setakat ini, inilah pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan (Presiden PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.


Pada 13 Januari lalu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu, sekali gus membatalkan pandangan Presiden parti itu yang sebelum ini dilaporkan bersetuju supaya kalimah Allah boleh digunakan orang bukan Islam tetapi tidak boleh diterjemahkan dalam semua bahasa.

Keputusan Majlis Syura Ulama itu dibuat berikutan pendirian Pakatan Rakyat pada 8 Januari seperti yang diumumkan Abdul Hadi bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walau pun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.

Sementara itu Anwar ketika diminta mengulas mengenai percanggahan pendapat Majlis Syura Ulama PAS yang merupakan badan tertinggi dalam parti sekutu PKR dan DAP menegaskan bahawa hanya kenyataan rasmi Abdul Hadi seperti yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan diterima sebagai pendirian rasmi.

"Saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura PAS. Kita juga baca dan bincang kenyataan Abdul Hadi dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Bila baca kenyataan Abdul hadi dengan tidak melarang penggunaan (kalimah Allah oleh bukan Islam) tapi menegur penyalahgunaannya, dan menyatakan keprihatinan kalau ia boleh mengelirukan umat Islam...kita tak ada masalah dalam hal sedemikian.

"Tapi tak apa...apa yang kita buat ialah kita ikut kenyataan Presiden PAS yang dibentang kepada majlis Pakatan Rakyat," katanya. -mStar

0 das tembakan!:

 
Top