..

UNDER CONSTRUCTIONS...


TERASAKAN seperti satu rahmat bila Sharifah Zohra Jabeen menerima pelawaan MediaPjO (kendalian gua & beberapa orang rakan lain) untuk ditemuramah secara eksklusif bagi menjelaskan isi hatinya berkaitan fenomena terbaru di ruang siber Malaysia - "LISTEN!"

Pertemuan singkat petang semalam selepas kenyataan media oleh 'selebriti internet segera' yang lebih mesra dengan panggilan Kak Sha membuka ruang untuk kami mendapat penjelasan lebih terperinci berkaitan isunya bersama pelajar UUM & juga aktivis muda PSM, KS Bawani. Bawani telah mengadakan sidang media dengan lagak seperti wira - KLIK SINI!

Dari riak wajah dapat kami dapat menebak ketabahan Kak Sha melalui saat sukar ini, sudah lebih seminggu dia dihina, dicerca dengan pelbagai cara. Walaupun diburu pelbagai media untuk mendapatkan penjelasan lanjutnya, Kak Sha cuba menolak bagi mengelakkan kenyataannya diputarbelit dan isu ini menjadi lebih meruncing.

Penjelasan kepada media perdana mungkin akan menyebabkan dia diseret ke dalam kancah politik, sedangkan Kak Sha berpendapat hal ini adalah hal personal antara dia & Bawani, tidak melibatkan apa-apa elemen berunsur politik atau kepartian. Atas alasan itu portal berita indipenden, MediaPjO yang dianggap tiada bias & lebih telus dipilih oleh Kak Sha untuk merungkaikan segalanya...

Menurut Kak Sha, Forum Suara Mahasiswa yang diadakan di UUM tempoh hari memang membincangkan tentang isu politik di kalangan mahasiswa, namun apa yang berlaku antara dirinya dan Bawani adalah hal personal, bukan bermotif politik... tapi ada pihak yang cuba mengaitkan hal ini melangkaui sempadan yang tidak sepatutnya.

KUALA LUMPUR: Nama Sharifah Zohra Jabeen tiba-tiba meletup di internet selepas video yang mendapat jolokan 'LISTEN!' menjadi viral di ruangan siber. Terdapat pelbagai reaksi umum tentang kenyataan Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu kepada pelajar UUM dan juga aktivis muda Parti Sosialis Malaysia (PSM), KS. Bawani.

Setelah lebih seminggu menyepikan diri selepas video tersebut berlegar di ruang siber, kini Sharifah Zohra tampil menjelaskan secara lebih terperinci kepada MediaPjO mengenai situasi di Forum Suara Mahasiswa di UUM tempoh hari. EKSKLUSIF@PjO



KENYATAAN RASMI SHARIFAH ZOHRA


0 das tembakan!:

 
Top