Pssttt @TunFaisal!! @RealDrMAZA Sanggup Makan Ayam Sembelihan @cmLimGuanEng [AhlulKitab] #KalimahALLAH


[Gua tunggu Dr MAZA kucup dahi Tun M camni untuk membuktikan dia seorang ilmuan yang bukan bias... Bukan menentang UMNO kerana @TunFaisal semata... ahahaksss!!]

Merujuk video di bawah, Dr MAZA membebel dalam kesamaran bila lebih melantun soal 'SEBUTAN' bukannya 'CETAKAN' nama ALLAH di dalam terjemahan bible Bahasa Melayu. Yang menjadi isu kini adalah soal kalimah ALLAH dicetak dalam bible Bahasa Melayu... Wadduhhh, siapa yang bisa melarang apapun yang mau seseorang itu katakan dong, jarang sekali ditangkap polisi karena menyebut perkataan!!


Kebanyakan frasa contoh yang diberikan menyebut "Tuhan ALLAH".... mungkin dia belum faham permasalah isu ini berkaitan dengan diksi "TUHAN" yang mahu digantikan dengan diksi "ALLAH" di dalam bible terjemahan Bahasa Melayu. 

Antara punca kecelaruan agama yang sudah membusung di Indonesia dan cuba-cuba untuk bertapak di Malaysia hasil 'usaha murni' Pakatan Riot [BACA SINI KLIK!]

Pengharaman penggunaan kalimah ALLAH hak kerajaan semata? Maknanya Dr MAZA setuju jika kalimah ALLAH digunapakai dalam bible terjemahan Bahasa Melayu?

Jika impian Lim Guan Eng & Anwar Ibrahim itu tercapai dengan sokongan penuh Dr MAZA, bible BM itu nanti akan kelihatan hampir sama dengan imej di bawah (sekadar tunjukkan satu contoh)

(klik imej di atas untuk imej lebih besar)

Pertanyaan untuk Dr MAZA, untuk kehidupan hari ini selain MUSLIM, adakah pengamal ajaran dari New Testament layak untuk digelar AHLULKITAB??

Seperti yang diterangkan oleh Dr MAZA gua percaya dia tanpa was-was sanggup makan ayam sembelihan Lim Guan Eng atau merancang mengambil Teresa Kok sebagai isteri tanpa perlu MP Seputeh itu menukar agama...

Gua bagi sedikit pencerahan dari sudut kejahilan gua yang tidak sehebat ilmu Dr MAZA... semua ni propaganda belaka, isu yang sudah suram ini dibangkitkan semula oleh LGE Hari Natal lalu sebab PRU sudah makin mendekat...

Apa untungnya isu ni? KUASA POLITIK... dari mana? Parlimen Sabah/Sarawak. BN cuma lebih 5 kerusi parlimen saja di Semenanjung dalam PRU12 lalu selebihnya dibantu banyak oleh Sabah/Sarawak. Ini salah satu isu utama yang boleh menambah sokongan pengundi Sabah/Sarawak kepada PR dalam PRU13 demi mencapai impian mereka ke Putrajaya...

Isu ini turut dicanang menjelang PRN Sarawak lalu... namun tetap PR kalah teruk! Gua percaya rakyat Sabah/Sarawak tidak sebodoh yang Anwar & konconya fikirkan... Takkan mereka terpedaya menjadi perkakas politik murahan Pakatan Riot.

Apa LIM GUAN ENG & ANWAR peduli tentang AQIDAH umat Islam di Malaysia, yang penting mereka menang kuasa POLITIK!!

Uiksss.... Nik Aziz pun tiba-tiba konar baring??? [BACA SINI KLIK!]



Dr MAZA cuba tengok betul2 minit 1:37 dalam video di bawah



Comments

Anonymous said…
Save dr maza.......
Unknown said…
Ko sembahyang subuh pun asyik terlepas, jemaah langsung la, contoh najis mughalazzah pun tergagap-gagap, kaki karaoke,aurat anak bini pun tak terjaga, nak sembang pasal agama? memang UMNO haram jadah
nonbal said…
untuk dr maza, stetement dr tu memang tak dinafikan ada juga kebenaran, cuma ianya dibuat tidak kena masa. Waktu orang tengah bising pasal rumah dimasuki pencuri, Dr pulak bagitau bahawa mencuri kerana kepapaan adalah dibolehkan, waktu orang sedang kecoh pasal internet yang banyak merosakkan belia, dr bagitau kata melalui internet, kita boleh belajar agama. waktu orang sibuk banyak org islam tak solat, Dr bagitau bahawa cara ambil wuduk org islam kini pun masih tak betul. jadi pencerahan dr tu adalah tidak kena masa dan tempat. apa kata Dr biarkan isu ini agak sejuk dahulu, biarkan umat islam tenang dan mula berfikiran lebih waras, maka banyak org akan boleh faham dan menerima.
Lagi satu ialah isu yang dibawa Dr adalah berlainan dari isu sebenar. Yang dikecoh ialah kristian nak tukar nama God kpd nama Allah dlm bible terjemahan melayu. Apa alasannya? adakah melayu di Malaysia Kristian? dan lagi, Bible tu pulak bukan lagi wahyu, tapi karangan 40 org authors dan paderi, jadi mengapa kita kecoh nak bela sangat?.
Anonymous said…
Macam mana dr.Maza boleh jadi naif mcm ni sekali?