..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Di zaman permulaan islam dahulu, ugama berkembang melalui pengorbanan, bukan dengan gelak ketawa. Itulah zaman terbaik yang mana pengorbanan Nabi dan sehabat telahmengalirkan darah dan di selang pula dengan air mata, seterusnya hidayat tersebar. Telah banyak kali terakam dalam hadis akan Nabi Muhammad SAW yang selalu menangis kerana risaukan ummat, para sahabat pun sama selalu menangis bila mengenangkan penderitaan ummat.

Kita hari ini bila bercakap bab ugama, banyak gelak dengan lawak ustaz, sedang di zaman Nabi, mereka lebih banyak menangis bila bercakap bab ugama, Abdullah bin Mas'ud berkata,: Apabila aku mengaji didepan Nabi, aku lihat kedua-dua mata Nabi berlinangan dengan air mata". Bila Nabi cerita pasal kubur, saidina Usman menangis, Nabi cerita pasal titian sirat, Abdullah bin Rawahah pula menangis. Nabi cerita sifat orang munafik, Hanzalah menangis, Nabi cerita ugama telah sempurna, Abu Bakar menangis, dan banyak lagi,. kita hari ini, apa sahaja ustaz cerita, akan berkakhir dengan gelak ketawa, adohai.., apa yang kelakar sangat?

Tak pernah dengar orang terdahulu yang gelak sampai bisu, tapi Ibnu Umar telah menangis kerana takutkan Allah s.w.t. sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya: "Agaknya kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah s.w.t..."

Kadang kadang Nabi cakap tak banyakpun, terus Abu Bakar, Umar, usman, Ali akan berlinang air mata.. lantas Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada mereka:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Sabda Nabi Mubammad s.a.w lagi.:"Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka."kemudian Nabi suruh sahabat menangis mengenangkan dosa-dosa.

Dalam satu hadis lain pulak, Nabi saw bersabda “Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati, Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.” [BACA SETERUSNYA.. KLIK!]


sesetengahnya terlalu cuba 
untuk menjadikan sesuatu jawapan tu 'lawak' 
sehingga menampakkan kebodohan diri sendiri...


3 das tembakan!:

rantai said... February 23, 2013 at 10:39 PM

bagus kalau penulis blok ini tenguk video-clip ini: www.youtube.com/watch?v=Usg-KSmcDOU , moga-moga mendapat iktibar....

Anonymous said... February 24, 2013 at 1:30 AM

sekurang2nye dia ada usaha untuk berdakwah...anda bagaimana?

Anonymous said... February 24, 2013 at 8:32 PM

ustaz ni pakar bab melancap....tak caya tgk la youtube dia....dimana2 ceramah ada soalan melancap... islam tak akan tertegak dgn hukum melancap...

 
Top