..

UNDER CONSTRUCTIONS...


JANGAN BERSEDIH, DIK...

[Buat Adik Mohamad Akmaruddin Zulkifli
dan semua anak-anak pejuang nusa yang
terkorban dalam misi mempertahankan
kedaulatan negara di Sabah]

DIK...
Mungkin luntur sudah bekas kucup abah di pipimu
sebelum berangkat ke medan juang
Tapi luhur kasihnya terus melekat di hatimu
seumur hidup takkan terlekang
Abah fikir untung nasib, masa depanmu
kala dihujani peluru dan mesiu petualang
Juangnya bukan marahkan musuh di hadapan
tapi demi insan-insan tercinta di belakang

DIK...
Abah gugur penuh maruah
mengadai nyawa mempertahankan daulat negara
Hujung nafas abah terhembus amanah
tak mahu melihat anak bangsanya sengsara
Rasa banggamu pada abah jangan pernah tumpah
kerananya kami dapat ladeni hidup dalam kedamaian udara
Jangan bersedih, dik... kami tahu kamu anak yang tabah
kerana dalam pembuluh uratmu mengalir darah seorang perwira!

-- RR [1peluru.com] 5/3/2013

0 das tembakan!:

 
Top