Skip to main content

#PakatanRanjang: Mustafa Ali Tak Berani Nafikan?? #GE13

"UMporNO dan seks memang tak boleh dipisahkan..." itu frasa tipikal cacai pakatan bila meletus lagi skandal seks melibatkan pimpinan mereka. Kali ini kononnya orang no.4 dalam hieraki PAS, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.

Dan seperti biasa penganut PAS akan mencipta pelbagai teori rekayasa bagi menutup kesumbangan tersebut... termasuk mencipta foto2 so-called-superimpose tahap tadika.

Apa yang menarik selepas video tersebut tersebar meluas di ruang maya sejak tengah malam tadi, Mustafa Ali enggan memberikan sebarang komen mengenainya... TERMASUK MENAFIKANNYA?? Susah sangat ke nak menafikan jika tidak pernah buat kerja terkutuk sebegitu??

Kepada penganut2 PAS bawa2 la bertobat... kembali kepada ajaran Islam sebenar, jauhi sifat2 khawarij, tentu tak terjebak dengan unsur2 yang menyerlahkan kemunafikan sendiri... kerana ALLAH MAHA BERKUASA!!






Mustafa Ali: 'Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam'
SINAR HARIAN
12 April 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan media mengenai video seks yang diedarkan sejak malam tadi.
Dalam satu kenyataan ringkasnya kepadaHarakahdaily, Mustafa dipetik berkata, "semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

"Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," kata beliau dalam kenyataan ringkas.

Laporan itu berkata beliau dipercayai merujuk kepada video seks dan foto  yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.
Bernama memetik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin
kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada Pas.
Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi
perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.
"Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar,
dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya.
Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon Pas untuk bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan Pas.

Comments

Anonymous said…
Orang lain yg sedap2..org lain yang dapat nama..apadahhh