..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Dalam manifesto mereka, Pakatan telah janji pendapatan setiap isi rumah di Malaysia akan naik sampai 4 ribu sebulan dalam 5 tahun pertama pemerintahan mereka. Ini bermakna pendapatan isi rumah di Malaysia mesti naik hampir 22% dalam lima tahun. Dengar memang hebat tapi bila dirujuk kepada negara yang lain, baru kita tahu ini satu janji yang tak masuk akal.

Contohnya di China, negara yang membangun dengan paling pesat di dunia. Mereka hanya dapat meningkatkan pendapatan sebanyak 10%. Ini negara yang mencatat kadar pertumbuhan yang paling tinggi dalam dunia. Macam mana Pakatan nak dapat 22%?

Jangan percaya pada janji bulan dan bintang Pakatan. Kalau tak jadi, mereka akan kata, "Oh, manifesto bukan janji." dari FB Ketua Pemuda UMNO - KJ


Dalam manifesto Pakatan ada beberapa janji yang ditabur mengenai keselamatan rakyat. Rasa nak tergelak pun ada juga.

Pertama, amat susah bagi pasukan keselamatan untuk menghormati pemimpin-pemimpin Pakatan yang sentiasa menghina pengorbanan mereka. Contoh terkini, Tian Chua dan kenyataan "sandiwara" beliau dalam kes Lahad Datu. Walaupun Pakatan berjaya dapat 'perkhidmatan' beberapa bekas Jeneral, ini cuma hiasan sahaja dan ramai dari mantan-mantan panglima ini pun ada kes kekecewaan masing-masing.

Kedua, ilmu pemimpin-pemimpin kanan Pakatan dalam soal keselamatan negara amat cetek sekali. Tengok sahaja kenyataan Nurul Izzah pada bulan Februari yang mendesak Pasukan Gerakan Am dimansuhkan sedangkan mereka inilah antara yang mempertahankan negara di Lahad Datu. Kalau tak percaya rujuk pada video ini http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=yUueS62AvcE


Antara aku janji BN paling menarik yang dibentangkan oleh Dato' Sri Najib semalam ialah kemudahan rumah mampu milik.

Berdasarkan kajian Pemuda BN, antara permintaan utama orang muda ialah untuk memliki rumah dengan harga yang sederhana di kawasan yang strategik.

Hasil daripada feedback yang diberi oleh Pemuda BN, kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100% untuk orang muda. Sebelum ini, pembeli rumah perlu tanggung 10% 'down payment'. Ramai orang muda tidak mampu.

Selepas diperkenalkan skim tersebut, ramai pula yang minta untuk diperbanyakkan rumah mampu milik di kawasan bandar-bandar besar.

Alhamdulillah, aku janji BN memberi komitmen untuk menyediakan SATU JUTA rumah mampu milik dalam lima tahun akan datang. Ini termasuk 500,000 unit rumah PR1MA yang dijual pada sekurang-kurangnya 20% dibawah harga pasaran!

Aku janji ini jauh lebih hebat daripada apa yang dicadangkan oleh pihak lawan. Pakatan 'janji' untuk bina hanya 150,000 unit dalam tempoh lima tahun. Ini saya petik dari manifesto mereka.

SATU JUTA RUMAH MAMPU MILIK vs 150,000

Wow!!


PRU13: JOBS!!!

Antara isu utama PRU13: Siapa lebih berkemampuan untuk menjana ekonomi negara? Antara ukuran kejayaan ekonomi ialah penjanaan peluang pekerjaan.

Akujanji BN: 3.3 juta peluang pekerjaan baru. 2 juta daripada itu pekerjaan berpendapatan tinggi.

Manifesto Pakatan: 1 juta peluang pekerjaan sahaja dengan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Maksudnya, Pakatan akan mewujudkan kebanyakkan peluang pekerjaan untuk orang muda dalam sektor-sektor yang didominasi pekerja asing hari ini - buruh kasar, kerja ladang, operator kilang, sekuriti, stesen minyak.

Manakala BN menawarkan lebih banyak peluang dalam sektor gaji tinggi seperti perkhidmatan, pembuatan nilai tinggi, peruncitan, pelancongan, industri kreatif dll.

3.3 juta peluang pekerjaan berkualiti vs 1 juta peluang pekerjaan ganti buruh asing...

Fikirlah sama-sama!


PRU 13: INVESTMENTS!!!

Rakyat nak tahu secara spesifik sasaran BN dan juga Pakatan untuk menjana ekonomi. Salah satu ukuran adalah sasaran pelaburan yang spesifik.

Sasaran ini memberi keyakinan kepada rakyat kerana ia menggambarkan perancangan yang teliti untuk menarik pelaburan dari luar negara dan juga dari syarikat-syarikat tempatan.

Sasaran BN bukanlah angka yang tidak berasas. Kalau rajin boleh melayari etp.pemandu.gov.my Maklumat terperinci semua ada, menjelaskan bagaimana sasaran BN dapat ditepati. Inilah maksud perancangan yang teliti yang meningkatkan keboleh percayaan rakyat terhadap BN.

Bandingkan ini dengan Pakatan. Berapa banyak pelaburan yang mereka janji boleh menarik jika menang? Err... langusung tak sebut. Kenapa? Tiada perancangan yang teliti. Manifesto pakai hentam, tabur janji populis. Tapi perkara asas - bagaimana nak menjana eknomi untuk membiayai janji-janji manis mereka, langsung tak sebut.

Oh, ya. Mugkin mereka akan jawab: "Hey! Pelaburan tu semua datang ke Selangor dan Penang la der!" Tidak dinafikan Selangor dan Penang banyak dapat pelaburan.

Tapi kena ingat: Zaman BN memerintah negeri Selangor dan Penang pun negeri-negeri ini selalu menerima pelaburan yang paling banyak! Ini disebabkan polisi kerajaan pusat membangunkan negeri-negeri ini sebagai pusat industri dan perdangangan. So, tak perlu la pakai hujah tu...

Jadi, inilah dia perbandingan Akujanji BN dan Manifesto Pakatan mengenai pelaburan.


PRU 13: HOUSING!!!

Perumahan merupakan isu penting dalam PRU13, terutamanya rumah mampu milik di kawasan bandar dan pinggiran bandar.

Untuk tahun 2013, BN telah komited membina 23,000 Rumah Mesra Rakyat dan pangsapuri kos rendah.

RM543 juta telah dilulus di bawah Program Perumahan Rakyat bagi pembinaan 20,500 unit rumah.

30,000 unit rumah terbengkalai dipulihkan.

80,000 rumah PR1MA dibina tahun ini dengan kemudahan tabung RM1.2 bilion.

Itu hanya pencapaian BN setakat ini sahaja...

Untuk lima tahun akan datang pula, BN janji membina 1 JUTA unit rumah mampu milik!

Pakatan dalam manifesto mereka hanya mampu janji 150,000 unit.

1 JUTA vs 150,000!!!

Mungkin mereka tak yakin dengan kemampuan diri sendiri selepas melihat kegagalan kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyediakan perumahan mampu milik dan kontroversi Datum Jelatek, pembangunan kondo ultra-mewah PKNS yang memalukan kerajaan Selangor kerana mementingan keuntungan dan bukan perumahan untuk golongan pendapatan sederhana dan rendah.

Sama-samalah kita nilai.

Mohon sebar untuk pengetahuan rakan-rakan. -KJ




BN BEST!!
#BNbest!!


0 das tembakan!:

 
Top