..

UNDER CONSTRUCTIONS...


DAP Pentaskan Opera Cina Untuk Raih Simpati Menjelang Pilihan Raya 

Parti Tindakan Demokratik (DAP) berada dalam keadaan serba salah berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan Notis Menurut Seksyen 16(1), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Semalam pendaftar pertubuhan memutuskan di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1996, untuk tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Parti Tindakan Demokratik yang dibentuk oleh Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat pada 15 Disember 2012.

Konflik DAP ini bermula apabila sekumpulan ahli DAP membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai kemungkinan wujudnya kesalahan dan penipuan dalam pemilihan CEC DAP yang lalu. Berdasarkan aduan oleh ahli DAP, Pendaftar pertubuhan mendapati ada asas bahawa Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP telah menyalahi Perlembagaan DAP dalam Fasal X Perkara 1.

Aduan kedua yang dibuat oleh ahli DAP ialah berkenaan jangka masa notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan tidak mencukupi. Beberapa Setiuasaha Cawangan membuat aduan bahawa mereka tidak menerima notis panggilan mesyuarat dalam tempoh 10 minggu sebelum mesyuarat seperti dalam perlembagaan. Aduan tersebut menyatakan, kegagalan menyerahkan notis mesyuarat mengikut tempoh yang ditetapkan menyebabkan sejumlah 753 ahli DAP dinafikan hak untuk hadir sebagai wakil ke Kongres Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik. Ini juga menyebabkan mereka tidak boleh mengundi dalam pemilihan lalu.

Oleh kerana kedua-dua aduan ini mempunyai asas kesalahan yang serius dan kukuh, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menangguh pengiktirafan ke atas jawatankuasa yang baru sehingga mendapat maklumat pembelaan bersama bukti-bukti bagi menolak aduan yang telah dikemukakan oleh ahli DAP sendiri.

Strategi Serampang Dua Mata

Mereka mengharapkan ROS mengharamkan DAP sebelum pilihan raya bagi meneruskan strategi serampang dua mata dalam pilihan raya kali ini.

Pertamanya, DAP berhadapan dengan krisis imej dan kebolehpercayaan parti tersebut di kalangan orang melayu dan Islam. DAP dilihat sebagai parti yang akan menghakis kedudukan orang Melayu dan agama Islam. Kebanyakan orang Pas tidak akan mengundi DAP. Sungguhpun pemimpin Pas dan DAP boleh tidur sekatil, namun ia bukan kepada pengikut Pas di bawah.

DAP percaya jika mereka bertanding atas tiket Pas, lebih besar undi akan diperolehi. Orang Cina tetap akan mengundi calon DAP walaupun bertanding atas tiket Pas. Namun adalah dijangkakan akan terdapat sebahagian orang melayu dan Islam akan mengundi logi Pas kerana percaya DAP tidak mempunyai masalah berada di bawah Pas. Ini akan dibuktikan melalui penggunaan logos Pas.

Dengan menggunakan logo Pas di Gelang Patah Kit Siang percaya ia akan menarik sokongan orang Melayu yang cenderung kepada Pas dan atas pagar di sana. Seorang cina bukan Islam bertanding atas tiket Pas tentu akan memberi imej yang sangat positif terhadap DAP di kalangan orang Melayu yang tidak mahu berfikir.

Kedua, dengan menyalahkan ROS ia memberi implikasi ada usaha untuk tidak membenarkan DAP bertanding atas logo sendiri dilakukan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Ini sudah tentu akan menimbulkan kemarahan kaum Cina dan akan menarik banyak undi simpati.

Ramai pemerhati politik dan juga para strategis dalam BN sendiri percaya sekiranya DAP akan meraih banyak undi simpati kaum Cina jika mereka berjaya mempengaruhi pemikiran kaum Cina bahawa mereka dianiayai oleh BN sehingga tidak boleh bertanding atas logo sendiri. Mereka ingin keadaan seolah-olah BN ini zalim dan takut kepada DAP sehingga cuba menghalang logo mereka dari digunakan.

Sebab itu, sungguhpun ROS dan SPR telah menyatakan mereka layak bertanding atas logo sendiri, mereka masih mencipta kekecohan dan drama politik bagi meneruskan strategi ini. Jika benar mereka khuatir pencalonan mereka akan dibatalkan kera pertikaian penjawat yang sah, DAP boleh sahaja memohon surat pengesahan daripada ROS mengenai siapa sebenarnya yang berkuasa dalam DAP pada masa ini. Tapi ini tidak berlaku kerana mereka sememangnya mencari alasan untuk menggunakan logo Pas dan meraih simpati pengundi Cina,

Cubaan Raih Simpati Rakyat

Berdasarkan keputusan tersebut, DAP cuba meraih simpati dan menukar sentimen rakyat dengan membuat kenyatan bahawa mereka tidak boleh bertanding menggunakan lambang parti.

Mereka mentafsirkan keputusan ROS tersebut menyebabkan DAP tidak mempunyai penjawat yang berkuasa membuat keputusan bagi pihak parti. Ini sekaligus bermakna Setiausa Agung DAP tidak mempunyai kuasa dalam menandatangani surat memberi kebenaran kepada calon mereka menggunakan lambang parti DAP dalam pilihan raya kali ini.

Sungguhpun ROS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa calon-calon DAP masih layak menggunakan logo parti tersebut kerana DAP masih merupakan parti yang sah, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang sudah mula meniup sentimen bahawa ini merupakan taktik kotor untuk membatalkan pencalonan mereka pada hari penamaan calon nanti.

Guna Logo Pas Strategi Yang Dirancang

Justeru, lewat malam tadi DAP memberi tempoh sehingga petang ini untuk ROS menarik balik keputusan tersebut atau mereka terpaksa bertanding atas tiket parti-parti lain termasuk Pas dan PKR.

Rakyat Malaysia juga dapat “menyaksikan sandiwara Opera Cina” Lim Kit Siang yang mendakwa beliau sangat bersedih kerana tidak dapat menggunakan logo DAP buat pertama kali dalam sejarah pencalonannya.

“I must confess that I have shed tears.”

That was DAP veteran Lim Kit Siang’s response on how he felt about the prospect of not being able to contest under the “rocket” logo for the first time in his political career.

“That is how deeply I feel about it,” he added.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan bahawa beliau mungkin akan bertanding atas tiket Pas di Parlimen Gelang Patah sekiranya ROS tidak menarik balik keputusan mereka. Benarkah Kit Siang bersedih atau beliau sebenarnya gembira dengan keputusan ROS ini?

Kit Siang itu sebenarnya sedang bergembira untuk menggunakan logo Pas bagi menentang Ghani Othman di Gelang Patah. Beliau mempunyai situasi boleh menarik undi simpati sebahagian kaum Cina yang masih belum membuat keputusan; dan dalam masa yang sama meyakinkan sebahagian ahli Pas di sana bahawa DAP adalah sahabat politik yang boleh dipercayai.

Apa yang kita nampak seolah-olah krisis di saat-saat akhir menjelang hari pencalonan ini memang diharapkan oleh DAP. Mereka telah menerima kenyataan media ROS dan SPR mengenai hak untuk terus menggunakan logo parti tersebut. Tapi masih mereka enggan menerima kenyataan tersebut.

Dalam mana-mana organisasi, sekiranya pemilihan jawatankuasa sedia ada tidak sah, maka penjawat jawatan sebelumnya akan terus menjalankan tugasnya menguruskan parti sehingga perkara tersebut diselesaikan. Tidak ada oragnisasi yang boleh berada dalam kadaan vakum. Ambil contoh kerajaan hari ini masih kekal biarpun Parlimen telah dibubarkan. Malah kerajaan ini akan diteruskan sehingga kerajaan baru dibentuk.

Dalam hal ini DAP sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah pentadbiran. Lim Guan Eng masih lagi Setiausaha Agung DAP kerana beliau merupakan penjawat jawatan tersebut sebelum pemilihan 2012 lagi. Sungguhpun pemilihan jawatan kuasa kali ini tidak diiktiraf, Guan Eng masih merupakan Setiausaha Agung yang sah bagi DAP. Malah ROS sendiri menghantar surat kepada Y.B. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sebenarnya, DAP yang dibarisi oleh peguam handalan dalam pentadbiran mereka tahu bahawa pemilihan lalu akan diiktiraf tidak sah kerana aduan-aduan yang dikemukakan oleh ahli mereka sangat kukuh dan sah. Namun mereka membenarkan isu ini berlaku kerana mahu mewujudkan kekecohan dan simpati apabila ROS mengambil tindakan.

DAP Cuba Salahkan Orang Lain Atas Kesalahan Sendiri

Hakikatnya, konflik DAP ini berlaku akibat perbuatan mereka sendiri. Mereka menguruskan pemilihan demokrasi di dalam parti tidak mengikut peraturan. Kemudiannya ahli mereka sendiri yang membuat aduan dan bantahan kepada ROS. Sebenenarnya yang bersalah dalam konflik ini ialah Lim Guan Eng dan ahli-ahli DAP sendiri.

Lim Guan Eng gagal melaksanakan proses pemilihan yang telus dan mengikut peraturan. Aduan pula dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri. Jadi jika benar DAP tidak boleh bertanding menggunakan logo mereka, mereka harus menyalahkan diri sendiri bukannya orang lain. -MYKMU

1 das tembakan!:

saleh aris said... April 22, 2013 at 12:19 PM

Selamat berkempen dan mengundi serta tentukan memilih untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni dan selamat.Kita boleh berperang dalam fahaman politik tapi jangan sampai begaduh sesama rakyat sendiri.Tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Kalau kita kata kita tahu atau pandai, sebenarnya ada lagi yang bijaksana atas dari kita. Langit yang tinggi ada lagi langit diatasnya. Pilihlah Keharmonian sesama rakyat maka datanglah Kesejahteraan sesebuah negara.
Pesanan dari Kopi Bro Ali, Nikmat Kopi yang menjamin isteri selalu tersenyum.
http://kopisaleh.blogspot.com

 
Top