#PRU13: Wajarkah 'PENDURHAKA' Dibenarkan Menjadi Calon Pilihanraya??? #OpsDaulat #LahadDatu


Peristiwa PENCEROBOHAN BERDARAH Lahad Datu dipercayai ramai akan mendedahkan perlakuan-perlakuan JENAYAH PENDURHAKAAN terhadap Yang Dipertuan Agung dan negara.

Bayangan mereka yang dipercayai terlibat secara lansung atau tidak lansung di dalam mendorong ‘tentera kesultanan Sulu’ mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, makin bertambah jelas dan terang. Aku percaya, tangkapan seorang ‘Datu Seri’ semalam akan menjadi pembuka tirai kepada tangkapan-tangkapan yang lain. Aku percaya, ‘Datu Seri’ yang ditangkap semalam hanyalah ‘ikan bilis’ , sementara ‘ikan-ikan jerung’ masih lagi bebas di lautan.

Selain dari beberapa orang kerabat ‘Sultan Sulu’, anggota-anggota gerombolan kira-kira 250 orang ‘tentera kesultanan Sulu’ adalah terdiri dari ‘askar-askar upahan’ yang sebahagian besarnya dipercayai terdiri dari bekas-bekas pejuang Moro National Liberation Front(MNLF) yang pernah dipimpin oleh Nur Misuari. Kebetulannya, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dilapurkan telah bertemu beberapa kali dengan Nur Misuari dalam tempoh pertengahan tahun 2012 sehingga tercetusnya pencerobohan. Malah, dua orang kanan Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Sivarasa, dilapurkan telah berada di Manila dua hari sebelum tercetusnya pencerobohan.

Tian Chua adalah di antara beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang yang nyaris-nyaris hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen. Beliau pernah didenda RM2,000 oleh sebuah mahkamah kerana telah menggigit anggota polis di dalam suatu demonstrasi. Beliau terlepas kerana terdapat pentafsiran undang-undang berbeza berhubung maksud ‘tidak kurang dari RM2,000.00′.

Jenayah yang dilakukan oleh Tian Chua tersebut boleh dikira amat kecil berbanding dengan JENAYAH PENDURHAKAAN terhadap Yang Dipertuan Agung dan Negara di bawah Kanun Kesiksaan.

Parlimen masih belum dibubarkan. Malah, selepas Parlimen dibubarkan, masih ada tempoh maksima 60 hari untuk mengadakan PRU ke 13. Memandangkan tuduhan JENAYAH PENDURHAKAAN terhadap Yang Dipertuan Agung dan Negara adalah suatu jenayah yang amat berat, di mana pesalahnya bakal berhadapan dengan tali gantung atau penjara seumur hidup, amat wajar jika Kerajaan menyegerakan proses pendakwaan terhadap mereka-mereka yang dipercayai telah terlibat, secara lansung atau tidak lansung, dengan JENAYAH PENDURHAKAAN. Apatah lagi, sebahagian dari penceroboh yang telah berjaya ditahan telah pun di dakwa di mahkamah Lahad Datu.

Memandangkan JENAYAH PENDURHAKAAN amat berat, amat wajar jika mereka yang telah di dakwa di mahkamah atas tuduhan JENAYAH PENDURHAKAAN dihalang dari bertanding atau mengambil bahagian di dalam PRU ke 13 yang menjelang tiba. [SUMBER]

Comments