..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Perang dah tamat... kabinet baru sudah dilantik. Tinggalkan Anwar terus meroyan dengan segala kegilaannya. Sekarang masa paling tepat untuk kita memulakan fasa pembersihan, buang buruk, muhasabah diri sendiri... Pemimpin UMNO/BN yang lebih mengejar laba peribadi dari perjuangan parti sudah tiba masa untuk memikirkan untuk bersara sebelum maruah diinjak ke paras longkang dek penangan media baru.

Menteri yang memegang portfolio tapi tak dapat perform dengan baik bersiap sedialah untuk turut merasa tempeleng siber. Contohnya Menteri dari Sabah yang menggantikan JJ di MOSTI sebelum ini... gua pun tak ingat namanya kerana takde apa yang membanggakan telah dibuat.

Gua ingat lagi dalam temubual PM dua malam sebelum PRU13 DS Najib dengan yakin menyebut 142 kerusi sudah di dalam genggaman BN, tapi hasilnya jauh lebih teruk dari zaman PakLah. Bukan salah PM kerana keputusan PRU13 masih terasuk bahang legasi terdahulu... bayangkan jika tidak kerana PM bekerja sekeras itu, BN sudah tentu menjadi pembangkang di Parlimen Malaysia hari ini.

Punca dari kenyataan PM dalam temubual tersebut kerana palat "SEMUA OK, BOSS... DON'T WORRY!!" terutamanya mungkin dari UMNO Selangor!

Ramai pemimpin di UMNO di tahap JURASSIC diberi peluang terakhir oleh PM bertanding PRU13 untuk mengakhiri hayat politik mereka dengan happy-ending. Tak perlu lagi menjulang diri sebagai 'winnable candidate' untuk PRU14 nanti tak pasal2 terima nasib yang sama dengan Samy Veloo & Ibrahim Ali!

Kak Rosmah tak perlu lagi selalu enterframe, dah cukup glamer dah. Menteri Komunikasi & Multimedia (Penerangan) yang baru jangan lagi pandai2 tulis lirik & cipta logo sendiri.

Untuk pemimpin2 BN dan Menteri2 yang dilantik gua harap semua sudah get ready...

Adios Krampos!!

0 das tembakan!:

 
Top