..

UNDER CONSTRUCTIONS...


"Dalam politik tak ada yang lurus, bagaimana luruspun dia, satu masa akan bengkok juga. Nak lurus terus sebagai ulama jangan babit diri dalam politik. Politik ni kotor..." - TGNA (1993)

Sesiapa yg dekat dgan TGNA tolong tanyakan suruh dia jawab dgan jujur, benarkah dia pernah berkata begini?

Ada ruang putar belit berkait POLITIK bila istilahkan "politik & Islam tak dapat dipisahkan". saya tak pernah tolak frasa itu. Tapi politik yang bagaimana... Politik kehidupan atau politik kepartian? Politik tentang soal membuat pilihan . Benar kita perlu berpolitik dalam hidup, malam ini hendak pergi disko atau pergi majlis ilmu... esok hendak pergi beli nombor ekor atau gunakan duit itu untuk sedekah kepada surau. Itu soal politik kehidupan, memang tak boleh dipisahkan dari Islam.

Politik kepartian berbeza sebab imej Islam akan dicalar bila terjebak dalam demokrasi. Menurut sunah, perjuangan Islam cuma melalui jihad & dakwah, bukan demokrasi. Bukan salah 100% memperjuangkan Islam melalui demokrasi, tapi harus diingat bila menuntut untuk dipilih oleh majoriti kita tak lepas dari sifat munafik, bias & prejudis. Itu kadangkala membuatkan kita cuba meluruskan yang bengkok & membengkokkan yg lurus bila hal tersebut disuarakan oleh pihak lawan.

TGNA mengumumkan persaraan dalam politik. Saya panjatkan kesyukuran, kerana saya sempat menghormatinya sebagai seorang ulama, bukan lagi memandangnya sebagai seorg ahli politik. Kalau berkesempatan saya ingin berjumpa TGNA memohon ampun dan maaf, ada ketika semasa beliau bergiat dalam politik saya terpaksa menempelak pendapatnya, adakalanya mungkin keterlaluan. Tapi tiada yang personal... semua itu politik!

Di hujung karier politiknya baru saya tahu ada pengaruh luaran yang banyak mempengaruhi keputusan TGNA. Ada maklumat yg tidak betul /kurang tepat sampai kepadanya ekoran masalah kesihatan yang membuatkan TGNA tidak dapat menyertai mesyuarat2 kepimpinan PAS Pusat yg selalunya diadakan di KL.

Perlantikan Menteri Besar & TMB baru Kelantan mungkin membuatkan individu yg sering memberi 'maklumat tidak betul' kepada TGNA kepanasan. Siapa dia? Ketua Kem Erdogan (penyokong Anwar) dalam PAS, calon Perlimen P125 yang baru kalah!
baca ceritanya di sini... ---> http://bit.ly/16bZiVe

Satu bukti nyata yg membuktikan TGNA diberikan maklumat yg tak betul adalah tentang penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam bible. Mungkin ramai yg masih ingat TGNA pada mulanya menyokong penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam bible... tapi akhirnya selepas penerangan oleh Majlis Syura Ulama PAS, TGNA menjadi jurucakap MSU untuk menentang keras penggunaan kalimah suci tersebut dalam medium yg boleh menyongsangkan akidah. Seminggu sebelum itu Anwar Ibrahim, Hadi Awang & Lim Kit Siang berdiri sepentas mengumumkan PAKATAN RAYET menyokong penggunaan KALIMAH ALLAH dalam bible.



Selamat bersara saya ucapkan kepada TGNA (selama dia dalam politik saya cuma panggilnya NIK AZIZ)... Ampun & maaf atas semua khilaf & kebiadapan saya. Semoga dapat terus memperjuangkan Islam dengan khudrat & iradat yg tersisa.

Keputusan PRU13 buatkan kita tergigit oleh satu realiti yg amat sukar dilupakan. Kita baru terhantuk oleh penyatuan 'mereka' saat kita berpecah dek kesumat kuasa. Semoga mimpi penyatuan umah PAS+UMNO dibantu oleh TGNA bila tiada lagi 'bisik syaitan' dari ketua kem Erdogan PAS menyapa telinganya. ~Wassalam!

Ini hidup saya, ini pendapat peribadi saya! -RR (1peluru.com)

11 das tembakan!:

Anonymous said... May 7, 2013 at 4:22 PM

pok nik cerdik...akal penipu...dia nak bersara selepas anak dia nik abduh dah jadi yb...lps ini anak dia akan jadi MB pula...sebab tu dia berhenti

Anonymous said... May 7, 2013 at 4:45 PM

4.22 aku setuju 101% dengan hang.

Anonymous said... May 7, 2013 at 9:25 PM

betul dia memang cerdik tapi bodoh dan mudah di perbodohkan...si tua bodoh yg berlagak cerdik...hahaha.

Anonymous said... May 8, 2013 at 12:25 PM

Tak payah lah nak mintak ampun sangat dia masih mursyidul am pas bukan nya dia letak jawatan dalam parti cuma letak jawatan MB mungkin dah muhasabah diri dan TERMALU dengan CHE DET yang dah lama bersara tanpa sebarang jawatan politik.

Anonymous said... May 8, 2013 at 6:34 PM

alhamdullilah ... berkat doa guru yang agung lagi suci dan mempunyai karamah yang tak terbilang ... maka puak-puak yang batil akan dan pasti berpecah-belah. marilah kita terus bermunanjat dengan keberkatan doa TGNANM semoga dengan keberkatan doa kita dan doa TGNANM maka makin cepatlah puak yang batil itu berpecah-belah dan insyaAllah akan hancur berkecai dilanda tentera ah-zab.

Anonymous said... May 10, 2013 at 3:51 AM

Dia bukan bersara sebenarnya. Tapi di'wafat'kan oleh Sultan Kelantan.

Anonymous said... May 10, 2013 at 9:07 AM

semua komen ada niat yang tidak baik.fikirlah positif sikit.jangan busukan hati.

Dunia Akhir Zaman said... May 11, 2013 at 11:50 AM

Dunia akhir zaman. Ada baiknya berdiam diri dari terus mengutuk ulamak yang sekurang-kurangya berilmu dalam agama berbanding kita. Masing-masing ada kesilapan tanpa sedar. Kita? Mengaji pun tak tahu hukum tajwid. Sedarlah rakan-rakan.

Anonymous said... May 12, 2013 at 6:51 AM

Semoga kurang kenyataan2 kontroversi yg bawa kekeliruan n perpecahan umat islam dpd pemimpin2 pas.

Anonymous said... May 17, 2013 at 6:52 AM

Ni anon 6:43...hg jgn dok merapu meraban. Karamah toya apa? Aku tak pernah hormat ke mangkuk ni. Apa isle yg dia buat utk perpaduan? Nak ludoh muka org lah, doa org bg pecoh perut lah, ulamak ke mcm ni. Terang2 dgn karpal yg tolak islam berpeluk peluk. Dey anon 6:43 pakai otak pikirlah

Anonymous said... May 18, 2013 at 8:29 AM

Nik ajis 2X5 dengan pkr juga. Orang yang betul. Iklas nak berdakwah patut jadi masuk geng tabligh, tak campur mana 2 side. Dua 2 side tabligh ketuk pintu bagi tazkirah... kerajaan pd waktu nabi pun ada pembangkang. Kisah masa adam dan hawa pun ada makhluk iblis yg bertentangan pendapat. Tak pyh lah nak berdakwah dlm politik lambat laun akan terpalit najis musuh, ketamakan dan kuasa,,, entah kemana niat dakwah tu lambat laun... nak dakwah guna platform sesuai.. yang non partisan.

 
Top