..

UNDER CONSTRUCTIONS...

PERGHHH gua letak tajuk bahasa London, dudes... baru nampak macam bmwogger elitis sket! Untuk pengisiannya gua tulis dalam BM aje la supaya lebih ramai antara kita warga marhaen ni faham apa yang nak disampaikan...


What's Up With Mamak? (Ada Apa Dengan Mamak?)

Gua malas bercerita mengenai atas faktor apa Datuk Azeez Rahim individu selayaknya untuk memegang CEO Tabung Haji. Sila baca sendiri di SINI, SINI dan SINI. Cuma ingin mencungkil bagaimana isu perlantikan Datuk Azeez tiba-tiba meletus.

Tiada sebarang alasan jelas bila sekumpulan blogger elitis mempertikaikan perlantikan Datuk Azeez Rahim sebagai CEO selain satu persoalan sinis yang agak rasis, mempertikaikan susur-galur keturunannya, seorang MAMAK.

Mereka gagal senaraikan berapa kali Datuk Azeez pernah disiasat SPRM jika bimbang akan wujud unsur korupsi dengan perlantikan ini.

Adakah kumpulan blogger elitis ini benar-benar khuatir wang Tabung Haji disalahgunakan atau melihat dari luar kotak untuk laba peribadi yang lebih besar?? Mesti ramai yang tahu pelaburan Tabung Haji bukan jumlah yang sedikit dan bukan sekadar dalam lingkungan domestik... Dari kanta mata oportunis itu peluang yang tak harus dilepaskan!

Harus difahami modus operandi kumpulan blogger elitis ini, IT'S ALL ABOUT BUSINESS. Sila ancung jari tengah ke muka mereka jika mereka kata betul-betul berniat ikhlas, khuatir dengan dana Tabung Haji disalahgunakan.

Ini aliran prosesnya:

1. Tiap huruf yang terdetik dari keyboard laptop adalah 'MODAL' mereka untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

2. Dalam kes ini harapan 'KEUNTUNGAN' dari 'MODAL' yang telah 'dilaburkan' terletak kepada:

  • Datuk Azeez sebagai CEO baru (jika mahu mereka memadamkan artikel & write back something good about him)
  • Telah ditandatangani hitam-putih dengan individu lain yang sepatutnya menjadi CEO jika nama Datuk Azeez tidak terpilih.
  • Perjanjian yang sama dengan CEO lama dengan harapan disambung kontraknya.
3. 'KEUNTUNGAN' tersebut jangan fikir cukup sekadar tiket menunaikan haji/umrah secara percuma, sekurang-kurangnya geran atau tender jutaan RM$$$ dari anak-anak syarikat Tabung Haji.

What's up with MAMAK?? Tiada apa selain sekadar menjadi MODAL PERMULAAN kumpulan blogger elitis. Mereka sendiri menjadi 'penyembah' kepada mantan PM yang juga seorang MAMAK. Merekalah 'BloggersTunM' yang pernah gua sebutkan sebelum ini. Kumpulan yang merasakan mereka penentu perjalanan politik negara dan boleh menjatuhkan DS Najib seperti cara menjatuhkan PakLah.

Menjatuhkan DS Najib juga BUSINESS... jangan fikir mereka serius membantu UMNO bila tiada seorangpun antara mereka adalah ahli UMNO. Cuba selidiki semua post/isu yang dibuat oleh blogger2 elitis ini, akan dapat kita hidu semua 'berbau' BUSINESS... urusan business lebih baik dilakukan dalam bahasa London, kerana itu kerajaan tak sepatutnya membatalkan PPSMI.

What's up with MAMAK bila ada seorang mamak dalam kumpulan blogger elitis ini tiba-tiba menarik balik artikel (delete post) berkaitan perlantikan Datuk Azeez dan seorang lagi mamak dalam kumpulan ini tidak berani bersuara apa-apa di blognya??

6 das tembakan!:

Anonymous said... June 30, 2013 at 1:49 PM

Tuan, Datuk Azeez bukan CEO baru TH. Beliau hanya dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji, yang mana sebelum ini beliau adalah ahli lembaga pengarah.

RR said... June 30, 2013 at 2:01 PM

terima kasih anon di atas untuk pencerahan... apapun jawatan datuk azeez, modus operandi kumpulan blogger elitis itu adalah sama... BUSINESS!

hero_labu said... June 30, 2013 at 8:14 PM

Kalau dia jd ceo pun aku setuju.dia ni buat gheja pa.bkn dok bodek jilat juboq nak pangkat.

Anonymous said... July 2, 2013 at 8:33 AM

Patut siasat sama CEO TH Ismee tu, gaji RM85K sebulan, kes Silverbird syarikat cina yang dah nak bankrap TH beli, letak proksi dia Adi Azuan dlm tu, kena PN17 pulak tu...kes Lityan dulu dah selesai kah? kes duit RM308K...TH bukan gua tempat Ali Baba simpan harta...TH hak penyimpan, pelabur, amanah orang ramai...jangan sesekali kamu berbuat dosa dengan amanah orang ramai...

Anonymous said... July 2, 2013 at 8:17 PM


Masaalahnya Datuk Azeez awal-awal lagi dah kelentong orang ramai, termasuklah ahli lembaga pengarah Tabung Haji dengan mengatakan beliau ada Masters in Business Administration. Sebenarnya Masters beliau tu Masters dari Universiti tipu, beli! Webwite Tabung Haji pun dah tarik balik biodata dia yang ada MBA tu.

Tabung Haji jaga duit penabung berbillion ringgit, wajarkah kita ambil risiko serahkan duit tu kepada orang yang sebenarnya tidak ada kelayakan dan sanggup menipu untuk dapatkan jawatan?

Elitis ka, marhaen ka ini soal kepentingan rakyat.

Pak Mail

Anonymous said... July 5, 2013 at 2:26 AM

Pak Mail...

Itu aje ke menipunya??? Ingat banyak sangat nak listkan... Lebih baik pendidikan setakat SPM tapi dah terbukti rajin buat keje & jaga kebajikan rakyat daripada ada Master,PhD betul tapi kaki songlap & mintak persen projek je... puiii!!

 
Top