..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Siapa mahu menafikan peranan Tun M sebagai salah satu punca BN mengalami kemerosotan teruk dalam PRU12 pada tahun 2008 lalu? Kegagalan dan kesilapan kepimpinan PakLah waktu itu membuatkan Tun M agak vokal menyatakan ketidakpuasan hatinya, hingga setiap statement Tun M berkaitan pentadbiran PakLah menjadi peluru yang lebih berbisa dari pelbagai retorik & propaganda oleh pembangkang.

Gua sendiri akui pentadbiran PakLah terselaputi pelbagai cela yang sukar untuk rawat, perletakan jawatan dan penyerahan kuasa kepada DS Najib satu keputusan terbaik yang pernah PakLah lakukan selepas PRU12.


Gua juga seorang pemuja Tun Dr Mahathir. Tapi wajarkan kejayaan TunM selepas 22 tahun memerintah Malaysia dijadikan kayu ukur untuk Perdana Menteri lain selepasnya terus mencapai klasifikasi itu?

PakLah menyambung legasi kukuh yang dibina Tun M hingga membawa BN menang dengan 'cemerlang-gemilang-terbilang' pada PRU11 (2004). Beberapa langkah silap selepas itu (termasuk mengeluarkan anjing dari kandang) memburukkan situasi politik negara hingga PakLah didesak berundur selepas keputusan memalukan yg dicatat BN dalam PRU12 (2008).

Penggal pertama DS Najib memerintah Malaysia sepatutnya diukur sama seperti penggal pertama TunM menjadi Perdana Menteri pada 1981. Adakah sewaktu TunM mengambil alih kuasa dari Tun Hussein Onn segetir tugas DS Najib menerajui BN yang berkuasa tidak mencapai 2/3 majoriti?

Siapa yang mahu menafikan DS Najib telah bekerja keras selama menjawat tugas sebagai Perdana Menteri? Jika tidak dengan usaha itu mungkin BN telah menjadi pembangkang di Parlimen hari ini & Anwar Ibrahim sedang sibuk melayan pujuk-rayu DAP untuk membina spa&rumah urut pertama di Putrajaya!

Silap & khilaf DS Najib tidak sebesar yang dilakukan oleh PakLah, siapapun yang menjadi PM selepas segala onar bertaburan di zaman PakLah sudah pasti akan membuat keputusan dan tindakan serupa dengan apa yang telah dilakukan DS Najib, malah mungkin lebih teruk dari itu.

Kenapa tiada blogger yang bising setiap kali DS Najib memberikan peruntukan kepada SRJK Cina dulu? Bila DS Najib sendiri mengakui tentang "Tsunami Cina" selepas keputusan PRU13 baru mula ramai yang memekak merata.

Jika DS Najib tidak pernah belajar dari kesilapan, mari kita sorot beberapa persoalan tentang beliau SELEPAS PRU13??

1. Masihkah beliau mengumumkan pelbagai peruntukan atau keistimewaan kepada kaum Cina?

2. Berapa orang pemimpin MCA/Gerakan menjadi menteri kabinet?

3. Masih ada berita tentang DS Rosmah keluar di akhbar atau kaca tv setiap hari?

4. Tentang kewujudan parti tunggal BN adakah DS Najib telah menyatakan persetujuan, atau menyatakan akan mengkaji terlebih dahulu baik& buruknya?

5. Salahkan jika SPR diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen demi penambahbaikan supaya wibawa dan kredibilitinya tidak lagi dipertikaikan? DS Najib sendiri mengakui SPR telah melaksanakan tugas terbaik selama ini, cuma pembangkang akan terus mencari alasan jika kalah lagi di PRU14 nanti.

Pelbagai teguran dari individu, media perdana & penggiat media sosial sudah pasti dalam penilaian DS Najib, mustahil semua itu dapat direalisasikan dalam masa sebulan-dua selepas PRU. Terbaru khabar tentang 5 orang SUPOLnya yang akan dilucutkan jawatan adalah satu langkah drastik hasil penerimaan DS Najib terhadap semua teguran.


Berbalik kepada tajuk di atas ada khabar yang menyatakan Tun M masih menjadi pencatur kepada politik Malaysia selepas 10 tahun persaraannya. Selepas kejatuhan PakLah atas prestasi buruk PRU12, DS Najib Razak diberitakan akan menerima nasib yang sama. Misi ini akan dipikul oleh kumpulan BloggerTunM kerana mereka merasakan mereka berperan paling penting semasa gerakerja menjatuhkan PakLah dulu.

Jelang pemilihan PAU2013 adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang telah siap dengan nama calon yang akan diangkat & strategi yang terancang rapi.

Saat itulah nanti DS Najib boleh menilai LOYALITAS & BERBALOIkah dengan laba jutaan RM yg telah mereka kaut di era pemerintahan DS Najib. Siapa lagi yang akan menjadi pejuang mempertahankan DS Najib dari peluru-peluru sesat mereka jika bukan blogger2 marhaen yang sering dipinggirkan ini??

Nantikan dalam entri2 akan datang gua akan dedahkan bagaimana modus operandi & strategi kumpulan BloggerTunM yang cuba menjadi penentu perjalanan politik negara... DAN SIAPAKAH MEREKA??

6 das tembakan!:

Anonymous said... June 13, 2013 at 12:26 AM

rockybru &the geng la tu.....lepas dapat rm96juta zaman najib,berapa plak diorg nak cilok dari muhyiddin nnt?

Anonymous said... June 13, 2013 at 7:50 AM

salam.

tun dah bagi peluang kat najib 3 tahun.orang yang setia kat tun telah buat2 pejam mata semata2 demi kemenangan BN..tun telah beri arahan supaya kurangkan kritikan kepada najib kecuali perkara bodoh sangat...tuhan sahaja yang tahu...

betapa sayangnya tun kepada najib pusing seluruh malaysia untuk menangkan BN UMNO...kalau kita dah tua2 gitu agak2nya masih nak tolong UMNO ke...

najib kena tolong dirinya sendiri dengan menjadikan Melayu sebagai keutamaan, negara ini selamat dan tahu yang mana perlu d utamakan...

apa sangat blogger tun M pada pandangan najib...omar ong yang tun duk sindir dari dulu boleh duk satu bangunan dengan tun kat menara petronas...tun diam je selama ini...

semua nak salahkan tun..tapi bila banyak masalah n nak cari jawapan yang rumit2, tun juga yang d cari..najib masih dlam kayangan ciptaannya sendiri...masih nak berdegil dan masih denial syndrome...

antara najib dengan tun yang mana kuat semangatnya..yang mana bagi bantuan lebih banyak dekat cina...tapi nape tun masih d hargai orang cina wp telah bersara....agaknya najib lepas bersara ada orang buat majlis untuk dia ke tak....

masa negara bermasalah dulu, berduyun cina datang dekat tun n sampaikan hasrat yang mereka akan menyokong kerajaan dengan menggunakan wang mereka sendiri..malah vincent tan pernah nak derma berpuluh juta kerana dasar tun semasa kegawatan ekonomi telah menyelamatnya syarikatnya...

najib bagi berjuta dekat cina tapi balasan cina kepada najib....1malaysia mendapat padah...kenapa ini pun najib malas nak belajar dari tun...najib tak pernah rasa yang dianya tertekan dan tergugat...masih rasa selamat...

betapa gusarnya orang lain...sampaikan selepas bebeberapa hari pru13 tun daim berjumpa dengan tun m untuk dapatkan langkah pendek dan jangka panjang untuk selamatnya BN UMNO...

apa najib buat...mana rujukan dia...dengarnya masa mesyuarata mt pertama selepas prut 13, semuanay senyap...siapa pegawai najib yang berani berkata tidak seperti arwah tan sri bashir, arwah tan sri azizah, arwah ghafar baba...

adakah najib mempunyai pegawai yang berani berkata tidak untuk perkara yang benar wp pahit...mathias chang, mohd nor azam adalah orang yang lantang mengkritik tun antara orang yang jadi su politik tun...sbb tu tun ada give n take...penasihat dia orang yang lantang dengannya...

tun menjadi laut kepada semua...menerima semua aliran sungai yang ada...wp besar tapi tak menggugat sungai....najib...semua yang dia buat semua dia lancarkan...betul...tapi mana fungsi menteri2...kenapa tak beri peluang menteri dia lancarkan apa idea dia..barulah lihat seolah2 dia dan kabinet buat kerja...

apa sumbangan tun M dan najib kepada melayu dan Malaysia...terhapusnya ISA dan tidak lama lagi nak hapuskan akta hasutan...apa kesannya kepada kita...

berapa ramai yang hina Islam dan raja2 melayu zaman tun M berbanding najib...nanti ada yang kata tun M yng turunkan tahta dan kuasa raja2 tapi tidak sampai tahap menghina tun M...arwah sultan johor dulu sangat marah kat tun M tapi sultan paling kerap mengunjungi putrajaya bersama2 dengan tun M malah mempeterhankan tun M semasa tun M d hina zaman paklah...ironi kan...

betapa sayangnya arwah sultan selangor kepada tun M hingga nak habis umur pun masih bertanya pasal tun M...ironi kan...sultan kedah...isteri siapa yang paling banyak menemani permaisuri agung semasa majlis keraian...

tun dr siti hasmah tak banyak sangat berucap rasmi itu dan ini malah jarang2 di sebut d majlis2 kehadirannnya kerana d mana ada tun m di situ ada tun siti...

memang glamer tun siti dari rosmah yang selalu rasmi itu dan ini...sbb tun siti mengamalkan resmi padi...

ya..aku sayang kat tun M dari najib...tuhan shaja tahu betapa sayangnya tun M kepada najib...

budakteranung

RR said... June 13, 2013 at 10:56 AM

bukan niat melagakan TunM dgan DS Najib dan agak paranoid jika mahu dibandingkan antara keduanya.

ini lebih fokus kepada 'BloggersTunM' yang merasakan DS Najib harus dihukum serupa dgan PakLah. Kenapa istilah 'BloggersTunM' digunapakai cubalah selidiki sendiri.

-RR (1peluru.com)

Anonymous said... June 13, 2013 at 12:25 PM

Kenapa nak kena da bloger pro tun m pro najib? Semua sama ja blog pro melayu tak boleh ke? Pro umno ke kerajaan ke...ini semua poyo la....

Anonymous said... June 13, 2013 at 3:20 PM

Kalau pun nak melabelkan kumpulan anti-najib, tolong jangan gunakan nama Tun M. Gunakanlah apa-apa nama sekalipun, asalkan bukan nama Tun M.

Lagipun apa salahnya mengkritik Najib. Harus diingat bahawa ramai Melayu mengundi BN bukan kerana sayangkan Najib, tapi kerana sayangkan UMNO.

Anonymous said... June 13, 2013 at 5:11 PM

Najib PM dan Presiden UMNO yg untung Cina.

Najib kata cina tertipu. huhu kalau dah 97 5 bukan tertipu Pak Najib.

maksudnya U sudah kena kencing kaw kaw...percaya lah pada punahsihat .

daim kata yg sama tun M kata yg sama.

dok awat takut sgt dgn pertandingan. jika u kerja baik utk Melayu dan UMNO sure 150 ribu ahli undi U.

jika u mmg gadai sana sini hak Melayu, Insyallah, ke parit lah lepas PAU nanti.

frm

blogger Melayu cari makan usaha sendiri.

 
Top