..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Sambungan siri ke-2 dari 829 siri yang akan diterbitkan, bertitik dari kisah KOTAK PANDORA SUPOL PM (BACA SINI).

Berita tentang kemungkinan DS Najib Razak akan menggugurkan 5 SUPol lamanya (yang selama ini cuma menjadi 'penyedap cerita', bukan menjadi penasihat kritis kepada PM) adalah satu berita gembira bagi banyak pihak (BACA SINI). SUPol2 ini yang 4 darinya adalah calon 'winnable candidates'(??) yang kalah teruk dalam PRU13 lalu antara D-factor (Damage Factors) kepada reputasi BN dan maruah PM hari ini.

Ramai beranggapan PM harus ada wakil orang muda dalam barisan SUPol barunya untuk memahami jiwa Generasi-Y yang semakin cenderung menyokong pembangkang. Hujung kepada penantian ini seorang yang mendapat pangkat 'Dato' sebelum usia 30 tahun sudah memasuki pejabat PMO. Adakah pemilihan Dato' Khairun Aseh sebagai SUPol satu transformasi pasca-PRU13 DS Najib yang tepat dalam memulihkan reputasinya?

foto dipetik dari page FB
-KHAIRUN ASEH FOR PUTRAJAYA-

Semua tahu pemilihan Khairun atas lobi jitu daddynya, Tan Sri Aseh Che Mat ex-KSU KDN yang kini memegang jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya. Khairun mendahului SUPol lain sudah punya pejabat di PMO walau belum mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut. Jika benar Khairun sudah sah menjawat gelaran SUPol PM, keputusan oleh DS Najib itu seolah-olah membuang MAYAT (5 SUPol lama), mengambil BANGKAI...

Saat DS Najib Razak pernah menyatakan internet-savvy salah satu kriteria sebagai 'winnable candidates' calon PRU13, kita mengakui PM akur tentang pengaruh media baru/sosial dalam membius persepsi kepada rakyat, terutamanya golongan muda/belia. SUPol2 lama PM yang bertaraf senior mungkin bukan individu selayaknya untuk menggalas tugas itu, pemilihan seorang SUPol muda merupakan jalan terbaik.

Tapi mampukan seorang anak muda berusia 34 tahun seperti Khairun menjalankan tugas tersebut bila akaun Facebooknya tidak pernah diupdate status (KLIK!), akaun Twitternya sudah berhabuk tidak sampai 10 followers (KLIK!) malah Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO yang dipegangnya juga tidak mempunyai satu website khusus untuk rakyat membuat pengaduan secara online.

Khairun Aseh lahir atas tilam baldu, makan bersuapkan sudu perak sedari kecil... Mendapat bantuan daddy untuk meraih gelaran 'Dato' sebelum usia 30 tahun (apa jasanya kepada negara ketika itu???), kini mewah setiap hari membelah tar di dalam Lamborgini. Mampukan dia untuk memahami nasib anak muda/belia di kampung pedalaman yang tak punya cukup wang untuk membeli kasut riadah, anak muda yang melantak maggi setiap hari demi meneruskan survival hidup di flat murahan di tengah kota metropolitan?

Harap DS Najib Razak tidak tersilap langkah lagi, PRU14 medan ujian yang paling getir, di situ penentu nasib & masa depan Malaysia...

0 das tembakan!:

 
Top