Bai'ah Terbuka Calon PAS #PRK #KualaBesut... Ada Sesuatu Yang Tidak Kena??

Bai'ah satu eleman paksaan dalam PAS, berbeda susurnya dengan teras perjuangan mereka ISLAM, kerana telah disabda jelas oleh Rasulullah SAW - TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM! PAS akan memusing fakta dengan pelbagai alasan, hakikatnya mereka tidak yakin calon pilihan mereka dapat terus bersama bila nama 'ISLAM' yang menjadi topeng mereka semakin terselak.

Kenapa isi bai'ah calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang dilafazkan di hadapan umum berbeza dengan bai'ah 'dalam bilik' yang Haji Hadi maksudkan yang meletakkan hukuman cerai isteri talak tiga kepada calon PAS yang kononnya mengkhianati perjuangan (lompat parti).



Baca pendapat oleh blogger GelombangKick:

Kelainan bai'ah yang dibuat Pas keatas calon mereka bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof beberapa hari lalu terus menjadi tanya banyak pihak, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui bai'ah yang dibuat keatas calon PRK Kuala Besut kali ini berbeza dengan bai'ah yang dibuat oleh pemimpin Pas yang lain semenjak parti itu dipertandingkan.

Menurut Hadi, pada kebiasaanya bai'ah itu dilafazkan didalam bilik, tapi untuk calon kali ini ianya dibuat dihadapan umum, ditengah padang.

Apabila Azlan dikehendaki melafazkan bai'ah laknat dihadapan umum, terlintas difikiran orang ramai kenapa bai'ah itu agak aneh berbanding bai'ah pemimpin Pas yang lain, apa sebenarnya yang tidak kena dengan Azlan... [BACA SETERUSNYA - KLIK!]

Blogger 'lejeng' dari Terengganu, DinTurtle pula mempersoalkan tentang perbezaan antara sumpah Bai'ah oleh Azlan yang 'diajar' oleh ketua pimpinan PAS berbanding sumpah mubahalah Saiful Bukhari yang pimpinan PAS menganggap sebagai kerja golongan munafik.

Bukan ISI baiahnya tapi cara mereka berbaiah dengan nama Allah. Kenapa baiah Saiful ditolak oleh orang Pas mentah2 sedangkan baiah Che Long disambut bersungguh2 dengan takbir? [SAKSIKAN VIDEO DI SINI -KLIK!]





<+++span style="color: #fce5cd;"><+++img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-QJremDDsE5Y/UeNMFkFgz4I/AAAAAAAAdOA/j389wBsuDD8/s1600/banner-prk-kuala-besut-png.png" title="prk kuala besut" width="500" />

Comments