..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Mengimbau kisah lalu di PRK Tenang, 3 tahun lepas... Facebooker, Lepe meredah hujan renyai sendirian menaiki motor kapcai dari rumahnya di Klang, Selangor hingga ke Tenang, Johor untuk turut sama berjuang membantu UMNO/BN di sana.

Waktu itu Lepe tidak gusar walaupun masih baru mahu menimba pengalaman dalam perang siber kerana dia tahu bila sampai di sana ada individu/pihak yang sudah pasti akan membantu. Walaupun cuma dalam kadar bantuan seadanya seperti mendapatkan penginapan dan melepas kos minyak motor & makan-minum selama PRK Tenang berlangsung. BACA TENTANG KISAH LALU PRK DI SINI (KLIK!)

Jika dikenang kembali detik itu, sesiapa saja yang berniat ikhlas datang membantu dalam PRK disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak. Tiada sekatan untuk sesiapa, tiada sebarang diskriminasi antara yang baru datang untuk belajar atau yang sudah berpengalaman kerana bersandar pada konsep: retain & regain - bigger is stronger!

Situasi jauh berubah selepas PRU13. Kepada siapa mahu dituju jika seseoramg seperti Lepe ingin datang membantu UMNO/BN di PRK Kuala Besut??

Di PRK Kuala Besut komposisi perang siber pro-BN di bawah kendalian Datuk Ahmad Maslan telah diserahkan secara 'kontrak' cuma kepada kumpulan terpilih, gabungan satu kumpulan 'kaki bodek MB Terengganu' [BACA DI BLOG DIN TURTLE] dan serpihan NGOsiber yang dirampas kuasa yang kini bersama kumpulan 'manjati$$$' yang ditaja UMNO pusat.

Blogger2 otai yang sudah sebati dengan pengalaman PRK, temasuk dari negeri Terengganu sendiri [Din Turtle] dipinggirkan tanpa sebarang alasan kukuh. Diberitakan Ahmad Maslan sudah mula merapu mencari scapegoat untuk dilontarkan segala permasalahan ini bila ruang blogosfera mulai 'panas' sejak semalam dengan isu boikot PRK Kuala Besut oleh blogger/cytroopers proBN.

Pengalaman gua semasa turut sama mempertahan Parlimen P125 Putrajaya PRU13 lalu, kehadiran Husam Musa dengan superstar2 sibernya (proPR) di Besut sudah pasti menambah kerumitan kepada blogger2 'kontrak' kendalian Ahmad Maslan yang tidak dapat dipastikan sudah berapa kali melalui pengalaman dalam PRK yang jauh berbeza strategi & game-plannya berbanding PRU13.

Gua tak memaksa sesiapapun blogger/cybertroopers proBN yang dipinggirkan untuk memboikot isu PRK Kuala Besut, tapi inilah peluang untuk kita tunjukkan kepada pemimpin2 UMNO/BN yang sudah mula bongkak selepas kemenangan tipis PRU13 penyebaran maklumat melalui media baru/sosial jangan pernah diabaikan, jangan pernah dipandang enteng... #MuteKualaBesut!!

0 das tembakan!:

 
Top