..

UNDER CONSTRUCTIONS...

PAS terdiam, terpana, terbata... Isu tanah di Kg Lay Out akhirnya dibisukan mereka bila sedar rakyat Kuala Besut tak mudah tertipu dengan spekulasi murahan, apatah bila semakin terpancar sinar pencerahan siapa sebenarnya penipu, pihak mana yang kejam dan rakus bila bersimpuh di takhta kuasa.

PAS cuba memutarbelitkan isu 'rampasan tanah' dan 'perobohan rumah' di Kampung Lay Out Tok Saboh, Kuala Besut sebagai satu peluru bazooka perang psikologi PRK untuk mencalar imej BN di bumi Terengganu. Dengan harapan besar isu ini menjadi titik tolak kemusnahan BN, menjadikan kerusi DUN Terengganu dalam situasi getir 16:16.

Malangnya isu ini menjadi 'backfire' kepada mereka bila terbongkar segala fakta penyelewengan PAS semasa legasi pemerintahan mereka di Terengganu, pada 1999-2004. Tanah milik Kerajaan Negeri di Kg Lay Out 'dihakmilikkan' di kalangan kroni mereka tanpa mengikut prosedur pemilikan hartanah yang betul.
Infografik di bawah menceritakan secara ringkas kronologi penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh PAS Terengganu ketika mereka memegang tampuk pemerintahan negeri:

[--klik imej untuk gambaran lebih jelas--]

Siapa yang lebih tahu tentang komplikasi tanah tersebut jika bukan penduduk Kg Lay Out sendiri. Ikuti temubual krew TerengganuYesterday bersama beberapa orang penduduk kampung...



Hartanah sekangkang kera di Kg Lay Out telah menjadi pembuka pekung yang lebih busuk tentang penyelewengan PAS di zaman pemerintahan 1999-2004 bila segenap ceruk negeri sebenarnya ditabur umpan2 kronisme dalam pemilikan tanah tanpa prosedur yang sah.

Seramai 1,080 ditipu untuk mendapatkan tanah dan wang yang mereka bayar kepada sebuah syarikat yang diarahkan dimasukkan secara ‘bank in” oleh Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan wakil rakyat DUN Paka pada Februari 2004. Beberapa mangsa membuat satu laporan polis di Balai Polis Ketengah 22 Feb 2013 membabitkan Kerajaan PAS Terengganu membabitkan peserta Rancangan Tanah Berkelompok...
Baca selanjutnya di blog DinTurtle - KLIK SINI & KLIK SINI

Bacalah recap isu Kg Lay Out yang didedahkan oleh beberapa lagi blogger lain untuk membogelkan busana zuhud PAS yang mempergunakan agama sebagai modal politik semata-mata... padahal mereka juga manusia biasa yang tak pernah lepas dari khilaf, dosa & nafsu duniawi:

Suasana dan bentuk kempen sederhana di PRK Kuala Besut bagi kedua-dua calon, kini dilihat semakin panas ekoran PAS memainkan semula isu perobohan empat buah kediaman yang berlaku pada Oktober 2012. Isu yang hampir setahun berlalu itu kini dijadikan sebagai isu utama mereka untuk menyerang BN, ia dilakukan bagi memastikan misi 16:16 mereka berjaya dicapai...
Baca selanjutnya di blog Double-Y - KLIK SINI

Isu yang ditimbulkan Pas dimana kerajaan BN telah merampas tanah rakyat di Kampung Layout, Tok Saboh sebenarnya langsung tidak menjadi 'butir gatal' kepada penduduk disini ekoran isu berkenaan timbul hanya kerana seorang saja penduduk yang juga penyokong tegar Pas tidak berpuashati dan ingkar terhadap beberapa notis pindah yang telah diberikan kepadanya. Masalah yang berlaku ini juga berpunca sewaktu pemerintahan Pas di Terengganu 1999-2004 dimana kerajaan Pas ketika itu telah memberikan tanah berkenaan kepada salah seorang penyokong kuat Pas....
Baca selanjutnya di blog GelombangKick - KLIK SINI

Baru baru ini PAS Terengganu telah mengeluarkan satu kenyataan berserta dengan satu video kononnya tardapat satu kejadian menyayat hati dimana kekejaman Barisan Nasional telah dilabelkan disitu. Namun hakikat sebenar di sebalik kejadian perobohan beberapa rumah di kampung lay out adalah bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh pemipimpin PAS....
Baca selanjutnya di blog Sangkakala - KLIK SINI

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam ke Kuala Besut membawa seribu limpahan rahmat rezeki kurniaan Allah Taala apabila beliau dengan secara rasminya meletakkan batu asas pembinaan rumah untuk rakyat Kuala Besut yang rata-ratanya berpendapatan rendan dan sederhana. Dengan perasmian ini, ianya menjadi titik tolak kepada kerancakan pembinaan rumah tersebut untuk didiami tanpa ragu-ragu lagi. Namun di saat ribuan rakyat Kuala Besut dilimpahi rahmat rezeki, Pas dengan sembrono tak ada fakta bukti, membangkitkan isu tapak rumah pangsapuri rakyat ini dengan membangkitkan modal simpati atas kejadian perobohan secara sah(halal) 4 buah rumah yang bukan diatas tanah hak milik mereka...
Baca selanjutnya di blog AmboOrangKampung KLIK SINI

Untuk perkembangan terkini PRK Kuala Besut.
sila like/follow...






0 das tembakan!:

 
Top