..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Harimau Malaya kalah 3-1 kepada kelab ternama dunia, Barcelona. Apapun keputusannya, tidak harus dipandang remeh semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak negara malam ini.

Namun bagi gua, insiden paling menarik sebentar tadi adalah di penghujung separuh masa pertama bila pemain sayap negara, Wan Zack Haikal bereaksi spontan terhadap tindakan penyerang Barca, Cesc Fabregas yang tidak menghormati tiupan wisel offside oleh pengadil.

Berlaku pertelingkahan kecil di tepi pintu gol Malaysia antara Wan Zack & Fabregas yang masih cuba meneruskan permainan selepas wisel dibunyikan.

Ini attitude yang membanggakan gua dari Wan Zack walaupun Fabregas satu nama besar di persada bolasepak dunia. Anak jantan Melayu Malaya ini meletakkan Fabregas setaraf di genggaman penumbuknya bila tidak pandai menghormati peraturan di dalam sukan.

Mungkin ramai mempersoalkan tindakan Wan Zack memandangkan ini hanyalah perlawanan persahabatan. Tapi tindakan 'kurang ajar' Fabregas juga tidak patut dilakukan atas nama profesionalisme... dan Wan Zack muncul untuk 'mengajar'nya, tidak kira sebesar mana taraf nama Fabregas berbanding pemain2 Malaysia.

Setinggi-tinggi tabik respek untuk Wan Zack Haikal... Ini attitude yang patut dipunyai oleh semua rakyat Malaysia. Bangkit mempertahankan bila maruah negara cuba diperlekehkan!!


wan zack haikal fabregas


12 das tembakan!:

Anonymous said... August 11, 2013 at 4:23 PM

Kau memalukan la..kau bangga kat benda macam ni? Islam ke tak ni dik? Allah kata yang bersabar akan dapat bantuannya..patut respect wan zack kalau dia tak layan cesc..bukan nak pukul baru nak respect. Fikir la sikit..lepas tu yang pasal kes ni..wan zack haikal yang mula start dulu bile cesc tegur pasal sepak buku lali dia. Fikir la sikit. Kena tegur nak mengamuk..bukan respect..buat malu..represent Malaysia..sekarang ape diorang fikir pasal kita?

Anonymous said... August 11, 2013 at 5:07 PM

mmg bodoh lah kalau nak dikatakan...
korang respect??? buat malu je la wei.patut mintak maaf,bukannye cari gaduh kat fabregas yang bertaraf dunia! wan zack ko x patut sepak kaki fabregas,pastu x minta maaf!
wtf..
bukak la mata tu sikit wahai MALAYSIAN!
wondering what they will thinking about us :O

Anonymous said... August 11, 2013 at 5:15 PM

article yg bagus, tapi kita sebenarnya mungkin dah terlupa cerita pasal azeez rahim, dia tak layak terajui tabung haji. soal degree beli tu bukan isu besar sgt ,masalahnya kita tak mau orang kaki sakau lead tabung haji, azeez tolong letak sendiri jawatan dlm tabung haji sebelum ko diterajang rakyat. buat macam2 program masyarakat, ekspedisi bantuan itu dan ini , rupanya ada udang di sebalik batu, peruntukkan berapa? berapa banyak lagi yg azeez sapu??? pasal kegiatan x senonoh lain tu... takkanlah nak tunggu sampai org campak gambar??

Anonymous said... August 11, 2013 at 6:16 PM

anon yang bengang kat atas tu mesti penyokong barca..... buleh blah la barca...... team paling pandai berlakon di dunia!!!

Anonymous said... August 11, 2013 at 6:17 PM

bangga pada benda yang memalukan macam ni apa ke jadahnya tuan rumah!? fabregas tu dah main dalam world cup final, tahu sangat terjah macam tu takde dalam bolasepak profesional. boleh cedera teruk tu. terjah camtu kat padang flat PPRT ada lah. Lagipun ni friendly je, friendly just nak hiburkan rakyat malaysia. setakat main2 je. Bukan friendly nak test kepoweran team depa. buek malu org malaysia je!

bug said... August 11, 2013 at 8:14 PM

ko ni betol tak dik..bagi aku la kan aku lagi kutuk apa yang wan zack buat..bangang betol nak bergaduh dengan cesc fabregas..dia tetamu doh..kata main persahabatan..dah la kalo nak dibandingkan taraf wan zack haikal tu sapa jer..ni cesc fabregas antara player terbaik dunia..bodoh la ko ni blogger..

Anonymous said... August 12, 2013 at 12:33 AM

Bangga la sangat! aduh, memalukan la...
sampai orang luar cakap Malaysia XI tatau erti FRIENDLY MATCH... Main tak boleh kasar lagi ke ha? Dengan cara permainan diaorg nie, memang jangan expect la Messi nak main.. tak berbaloi kalau dia injured sebab friendly match dengan Malaysia...! Now Neymar and Messi pulak injured.

Anonymous said... August 12, 2013 at 2:39 AM

kalu ayik mengalah .. sampai bila orang luar senang senang pijak kita

JOJOP said... August 12, 2013 at 12:10 PM

Sya menyampah tengok barca..keegoan dan kesombongan tercalar lepas lwn malaysia...ok la tindakan wan zack 2...kalau boleh tumbuk muka pemain barca 2..kasar sikit ja da nak ckp...mstila wan zack mrh..pa pun msia the best...barca wtf...

Kamarul Haizad said... August 12, 2013 at 3:15 PM

Tindakan wan zack berasas..dah tu kalo tetamu kenape..bole tepok orang sesuka ati..da tetamu n kelas dunia tetap buat salah gk kn..tunjok la contoh tauladan..bukan jd samseng kat rumah orang..

Anonymous said... August 14, 2013 at 3:32 PM

bodohnya komen2 kat sini. Ajak bertumbuk, tunjuk garang tu dikatakan lambang kita tak dipijak bangsa asing! Bila orang bengang kena terjah camtu, dikatakan nak tunjuk samseng kat rumah orang. Dalam team bola mana2 pun, bukan bangsa dan kaum yang diambil kira. Aku rasa yang komen tu mesti pompuan2. terjah camtu memang boleh cedera kak cik, tengok apa dah jadi. kan dah cedera si fabregas tu. Bukan Fab je, aku nengok Adriano pun kena terjah ala kungfu sampai tertonggeng berjalan. seingat aku nazmi dulu pun penah tumbuk pak arab masa main bola. fakhruddin saarani pun pernah terajang player jepun bila ada salah faham atas padang.

Jadi, belajar main bola cara betul, jangan terjah2 je, bukan main ala budak2 pastu marah bila orang tegur. rangking pun dah tunjuk tahap mana bola malaysia ni.

el.tigre@email.com said... August 16, 2013 at 2:16 PM

korang bayangkan:
Family kita ajak 1 keluarga dtg rumah beraya, lepas tu anak dorg tpecahkan gelas, adik kita bagi penerajang kt anak dorg yg pecahkn gelas tu.. family kita patut rasa bangga ke atau rasa malu dgn adik kita tu?

 
Top