Save #KalimahALLAH: Mak Som (Ibu Lina Joy) Turut Datang Beri Sokongan... @AnwarIbrahim Mana??


Mak Som, ibu kepada wanita kontroversi yang mengisytiharkan dirinya murtad - Lina Joy turut hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini walaupun berkerusi roda, bagi menyatakan sokongannya kepada kesucian Kalimah ALLAH yang cuba diputarbelit oleh pihak gereja dalam kitab Injil terjemahan Bahasa Melayu. [foto by: ISMA/KN]

baca berita terkini & foto di portal PjO (klik!)

Ramai pemimpin UMNO & NGO-NGO Islam seluruh Malaysia turut hadir... Gua tercari-cari kelibat Anwar Ibrahim... mana dia???



Anwar takkan tak datang bagi sokongan kepada pastor-pastor Kristian tu kot.... 


BACA HURAIAN DI BAWAH UNTUK MEMAHAMI KES PERBICARAAN HARI INI:

Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

22.08.2013 merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan (striking out the appeal) pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Rayuan pihak Kerajaan adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pada 31.12.2009 yang membenarkan pihak The Church untuk menggunakan nama Allah sebagai terjemahan istilah ‘God’ di dalam penerbitan berbahasa Melayu agama Kristian.

Sekiranya permohonan The Church tersebut dibenarkan, ini bermakna pihak Kerajaan sebagai perayu tidak boleh meneruskan rayuan substantif di peringkat Mahkamah Rayuan yang telah ditetapkan pada 10.09.2013.

Notis Permohonan The Church tersebut juga pada hakikatnya bertujuan menghalang perayu-perayu lain dari meneruskan rayuan substantif mereka. Pada 23.05.2013, permohonan mencelah (interveners’ application) para perayu yang terdiri daripada 6 Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), telah dibenarkan di dalam tindakan kes ini. Jelas ini merupakan ujian besar terhadap kedudukan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam melaksanakan kuasa Yang DiPertuan Agong dan Sultan Negeri-negeri sebagai Ketua Agama Islam. Natijah sekiranya permohonan The Church dibenarkan, maka peranan Majlis-majlis Agama Islam Negeri terhakis dan akhirnya diketepikan; Majlis-majlis Agama Islam Negeri akan wujud pada namanya yang gah tetapi tiada makna dan tidak relevan lagi untuk menjaga kepentingan Islam dan umat Islam di Negara ini. [baca seterusnya...]

Comments

Anonymous said…
anwar & hadi tengah berdoa kat gereja........
Anonymous said…
Ada dakwaan mengatakan gaji CEO TH Real Estate yang diuruskan oleh Azeez Rahim naik dari RM30ribu kepada RM70 sedangkan syarikat TH Real Estate tu zero revenue !!! Apa Azeez Rahim buat ni ?? Macam ni ka Pengerusi Tabung Hajai , patut wang yang dibazirkan tu boleh disalurkan pada tempat lain yang lebih memerlukan . Tolak Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji. http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_22.html