..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Menyedari DAP bukan platform yang tepat untuk membela rakyat dan membangunkan kawasan luar bandar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Hiew King Cheu membuat keputusan meninggalkan parti itu.

Keputusan itu dibuat selepas beliau berbincang dengan kumpulan penyokong setianya yang mahu King Cheu berkhidmat kepada pengundi di kawasan tersebut menerusi satu platform lain dan bukannya DAP.

"Saya buat keputusan tinggalkan parti dan menjadi ADUN bebas. Ini adalah keputusan berkumpulan dan bukannya saya seorang.

"Malam tadi kami melakukan perbincangan yang panjang dengan lebih 30 penyokong dan mereka setuju saya keluar daripada DAP," katanya di sini.

Cakap-cakap mengenai kemungkinan ADUN Luyang itu meninggalkan DAP berlegar kalangan pemerhati politik sejak dua minggu lalu apabila beliau meletakkan jawatan Penasihat Jawatankuasa Perhubungan DAP Sabah.

Hari ini King Cheu tampil mengesahkan berita tersebut dan mengumumkan menjadi ADUN bebas.

Katanya, surat rasmi keluar daripada DAP telah diemel ke Ibu pejabat DAP.

Ditanya punca sebenar beliau meninggalkan DAP, King Cheu enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya memberi gambaran pelbagai perkara dalam parti itu yang mendorongnya membuat keputusan sedemikian.

Katanya, fokus utamanya adalah untuk membela pengundi dj kawasannya dan DAP bukanlah platform yang betul untuk menjayakan misinya berkhidmat kepada rakyat. -MG


.

2 das tembakan!:

Yogi Marsahala said... October 7, 2013 at 8:36 PM

kehidupan partai memang sarat permainan dan melelahkan

Yogi Marsahala said... October 7, 2013 at 8:37 PM

kehidupan partai memang tidak menyenangkan, kunjungan juga ke blog saya www.goocap.com

 
Top