#PemilihanUMNO: Dropped List Calon MT No.60... Ada Sabotaj Dalaman?? #TF4MT


Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO No.60, Tun Faisal Ismail Aziz tiba-tiba hilang dari senarai pencalonan selepas pengumuman oleh Sekretariat Jawatankuasa Pemilihan UMNO petang tadi. Lihat senarai di blog APA (klik!)

Alasan yang dikemukakan kerana Tun Faisal tidak pernah menjadi AJK Bahagian. Adakah pihak Sekretariat Pemilihan terlalu bahalol tidak mengetahui calon ini adalah salah seorang EXCO Pemuda UMNO yang mendapat endorsement dari Ketua Pemuda sendiri, YB Khairy Jamaluddin [LIHAT VIDEO INI -KLIK!]

Mana yang lebih penting oleh UMNO antara seorang AJK Bahagian atau EXCO Pemuda?? Terdapat ribuan AJK Bahagian di Malaysia tapi berapa kerat yang menonjol memperkasakan UMNO?? Keputusan Sekretariat Pemilihan seolah-olah memperkecilkan jawatan Exco Pemuda.

20 orang AJK untuk 191 bahagian UMNO seluruh Malaysia = lebih 3,000 orang boleh bertanding jawatan MT selepas ini jika mengikut teori dan syarat lapuk oleh Sekretariat Pemilihan, tanpa perlu ENDORSEMENT atau membuktikan apa-apa kredibiliti & jasabakti dalam perjuangan UMNO!

Diharap DS Najib Razak dan YB KJ yang diberikan laporan setiap bulan berkenaan strategi dan gerak-kerja parti yang diusahakan oleh Tun Faisal Ismail Aziz sepanjang perjuangan menghadapi PRU13 lalu mengambil perhatian serius berkaitan isu ini dan mencari jalan penyelesaian paling bijaksana.

Nantikan senarai penuh 7 Oktober nanti dengan keputusan yang mendamaikan hati semua pihak, atau kita sama-sama saksikan PETAKA SIBER 800 skala ritcher akan berlaku... Astalavista!!


.

Comments