..

UNDER CONSTRUCTIONS...


20 orang akan dipilih untuk merebut jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan yang berbaki tidak sampai 3 minggu, dikhabarkan lebih 70 orang menawarkan diri untuk bertanding.

4 orang calon di atas (gif file; mungkin tak dapat tengok animated view dengan mobile phone) gua kenal secara peribadi dan sememangnya memenuhi kriteria sebagai pemimpin berwibawa suatu hari nanti.

ARMAND AZHA
Siapa yang aktif bersama program2 UMNO peringkat Pusat merupakan satu 'dosa' jika tidak mengenali jejaka ini. Dalam sikap lantang dan vokalnya dalam memberi komen berkaitan sesuatu isu, Armand seorang yang sempoi dan mesra untuk didekati. Ini satu kelebihan yang dimilikinya untuk membawa imej Pemuda UMNO ke satu aras yang lebih 'cool', bersesuaian dengan peranan dan sasaran institusi ini.

AZRINIZAM
Seorang bekas pemimpin pelajar dan kini bergiat aktif di media sosial termasuk di dalam bidang penyelidikan dan pengembangannya. Ini calon terbaik untuk menyambung legasi Exco Pemuda terdahulu, Tun Faisal Ismail bagi memperkukuh survival UMNO terutamanya Gen-Y yang akan menjadi pengundi kali pertama melalui platfom yang kini menjadi satu ledakan fenomena.

DR. FATHUL BARI (DFB)
Calon favourite yang sudah dikenali ramai. Sudah pasti akan membawa misi Pemuda UMNO dengan imej yang lebih 'berjiwa'. Matlamat menjadikan Pemuda UMNO salah satu wadah dakwah untuk memperjuangkan kesucian agama menjadikan Dr Fathul Bari calon paling rasional untuk dipilih oleh perwakilan.

AHMAD FAISAL KARIM (TOM)
Tom yang bakal dinobatkan secara rasmi sebagai Ketua Pemuda Putrajaya telah memenangi kerusi itu tanpa pertandingan. Fakta itu sudah cukup untuk mengangkat kredibilitinya sebagai seorang pemimpin muda yang disegani di Kota Pentadbiran, Putrajaya. Jika sebelum ini Putrajaya mempunyai 4 orang wakil dalam barisan Exco Pemuda, kini Tom satu-satunya wakil Putrajaya yang harus diberi ruang dan kesempatan untuk jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

SIAPA LAGI 6 ORANG???
Tunggu senarai penuh dalam video khas yang akan gua buat, tribute untuk calon2 Exco paling awesome dalam pemilihan sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia~!! -RR

0 das tembakan!:

 
Top