#PemilihanUMNO: @KhairyKj Kata "AJK Pemuda Pusat Lebih Tinggi Daripada AJK Bahagian!!" #TF4MT @NajibRazak @TunFaisal


Bekas exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz telahpun menghantar surat rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan semalam untuk terus bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti 19 Oktober depan.

Manakala hari ini Tun Faisal akan menghantar surat rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tun Faisal menerusi laman Twitter miliknya selepas mengetahui beliau tidak tersenarai untuk bertanding merebut jawatan MT UMNO.

Rayuan itu dibuat ekoran namanya dengan nombor calon 60 tiada dalam senarai calon-calon yang telah disahkan bakal bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Difahamkan Pengerusi Unit Media Baru parti itu tidak melepasi syarat minimum untuk melayakkan beliau bertanding jawatan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika ditemubual dalam satu majlis di Tampin, Negeri Sembilan petang tadi menyatakan penyingkiran nama Tun Faisal dari senarai pencalonan disebabkan oleh masalah teknikal dalam Perlembagaan baru UMNO yang tidak menyebut AJK (exco) Pusat dapat turut bertanding jawatan MT.

"Kedudukan AJK Pemuda Pusat lebih tinggi daripada AJK Bahagian," kata Khairy.

BACA JUGA DI BLOG JENDELA MAYA (KLIK!)

Menurut Khairy juga, beliau sendiri telah membuat rayuan kepada Pengerusi Jawankuasa Pengurusan, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membenarkan Tun Faisal bertanding merebut jawatan MT bagi mewakili salah seorang dari empat calon yang beliau namakan untuk mewakili bekas pemimpin Pemuda UMNO.



Namun dalam laporan oleh UtusanOnline hari ini, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh menegaskan pencalonan Tun Faisal tidak dapat dipertimbangkan lagi oleh pihak jawatankuasa kerana tidak memenuhi syarat asas, AJK Bahagian.

Kenyataan Ab. Rauf agak bercanggah dengan kenyataan Jawatankuasa Pemilihan sebelum ini yang menyebut; akan mengumumkan senarai penuh muktamad calon yang layak bertanding pada 7 Oktober 2013. [SUMBER]






.

Comments