..

UNDER CONSTRUCTIONS...

ADA benarnya pendapat yang mengatakan mereka yang telah memegang jawatan penting seperti Menteri penuh dan Menteri Besar/Ketua Menteri tidak seharusnya dipilih untuk memegang jawatan di dalam Majlis Tertinggi UMNO supaya mereka memberi sepenuhnya perhatian di kementerian/negeri dan menyerahkan tugas memperkukuh parti kepada mereka yang mampu memberikan fokus sepenuhnya.


Pendapat ini tidak termasuk untuk beberapa orang Menteri yang telah terbukti peranan dan komitmen mereka kepada parti seperti Datuk Seri Mustapha Mohamed dan tokoh muda berwibawa dari Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Begitu juga para penumpang/penyelit yang selama ini berada di kerusi Majlis Tertinggi tapi tidak membawa impak positif kepada pengukuhan dan survival UMNO. Jawatan AMT yang mereka pegang hanyalah untuk kepentingan dan kebanggaan peribadi semata. Kita boleh lihat dari 13 orang penyandang yang masih menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan 19 Oktober ini.

Siapa yang harus dipilih oleh perwakilan untuk menjawat tugas Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi musim mencabar bagi menjulang kembali maruah Melayu/UMNO pada PRU14?? Ini antara pilihan peribadi yang difikirkan relevan atas penilaian kepada track-record lampau yang impresif.

TAN SRI ANNUAR MUSA (TSAM4MT) No-06

Kemampuan beliau membawa TRW menjuarai pelbagai kejuaraan sejak mula memegang KAFA melayakkan TSAM digelar antara pengurus terbaik dalam persatuan sukan di Malaysia.

Mula kembali bergerak aktif di arena politik dan memenangi kerusi Parlimen Ketereh dalam PRU13 serta diberi kepercayaan untuk menjawat tugas Pengerusi MARA. TSAM adalah individu paling layak untuk 'mengatur kembali' pengurusan UMNO ke laluan yang lebih menyerlah dan berdayasaing.

Sikap tegas dan berterus terang, serta semangat Melayu yang kental di dalam diri TSAM juga akan menjadikan UMNO bukan lagi milik sesiapa yang hanya menumpang untuk laba peribadi, dan menjadikan MT sebagai sandaran meraih populariti dalam parti.

DATUK RAZALI IBRAHIM (DRI4MT) No-20

Peranan sebagai Naib Ketua Pemuda yang dipegang sejak 2008 digalas dengan baik oleh Datuk Razali Ibrahim walau kesibukan dengan tugas lain sebagai Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Muar.

Bakat kepimpinan yang mula dipupuk sejak menjadi pemimpin pelajar di UKM membuatkan beliau cukup faham untuk memahami jiwa orang muda.

Walau bukan seorang yang lantang dalam menghujah kata-kata, tapi Datuk Razali mempunyai auranya yang tersendiri setiap kali berada di pentas untuk berucap atau berbahas. Beliau mempunyai integriti dalam mempertahankan wasilah Melayu, menjadikannya pemimpin masa depan yang harus diberi perhatian jitu di dalam UMNO.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ (TF4MT) No-60

Exco Pemuda UMNO merangkap Pengerusi Unit Media Baru ini menggalas tugas sukar sepanjang melaksanakan tanggungjawabnya kepada parti dan kerajaan. Beliau langsung tidak terkesan dengan suara-suara sumbang yang mempertikaikan peranan UMB di ruang siber terutamanya pra-PRU13 kerana semua laporan gerak-kerja dan strategi yang telah dimainkan diberi laporan terus kepada ketua beliau DS Najib Tun Razak & YB Khairy Jamaluddin.

Natijah dari kesabaran & ketabahan itu Tun Faisal Ismail Aziz menjadi salah seorang dari 4 wakil Pemuda UMNO yang mendapat endorsement ketuanya, YB KJ untuk bertanding jawatan MT dengan misi meremajakan UMNO dan membawa suara generasi baru untuk memperkasakan lagi parti.

Tun Faisal akan menjadi wakil kepada jutaan netizens (penggiat media sosial) di Malaysia untuk membawa cetusan idea dan suara mereka ke peringkat teratas dalam parti - di pentas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Penglibatan akrab beliau bersama mahasiswa juga dapat memberi impak kepada UMNO dalam usaha menarik minat Generasi-Y menyertai perjuangan UMNO, terutamanya mereka yang akan menjadi pengundi kali pertama dalam PRU14.

Tun Faisal Ismail Aziz juga menjadi agen penerangan yang berkesan kepada UMNO bila sering dipanggil untuk menyuarakan pendapat beliau mewakili Pemuda UMNO di kaca televisyen dan siaran radio. Dalam kelembutan bicaranya beliau tidak pernah gentar berhadapan dengan sosok-sosok lantang dari pembangkang dalam banyak program wacana yang diudarakan secara lansung di media.

JANGAN LUPA PILIH 06-20-60

Diversiti usia dan kelebihan peribadi ketiga-tiga calon ini akan digabungkan untuk menjadi pelengkap kepada kemaraan UMNO yang lebih mampan di masa mendatang. Kepada para perwakilan yang layak untuk mengundi calon Ahli Majlis Tertinggi pada 19 Oktober nanti, jangan lupa untuk memberikan undi bermakna anda kepada No.06-Tan Sri Annuar Musa, No.20-Datuk Razali Ibrahim dan No.60-Tun Faisal Ismail Aziz.

0 das tembakan!:

 
Top