#PemilihanUMNO: Analisa Lengkap Kempen Media Sosial #NKPUM, Siapa Mengungguli Carta?? #Lokman4NKP


SAAT bahang kempen Pemilihan UMNO 2013 semakin meledak, Perdana Menteri DS Najib Razak sedang membuat lawatan ke beberapa syarikat gergasi pengendalian media sosial utama dunia seperti FB dan Twitter di AS. Satu signifikan jelas betapa PM menyedari peripenting penggunaan media sosial dalam kehidupan hari ini, termasuk dalam aspek politik.


Keberkesanan kempen media sosial oleh Barack Obama semasa kempen Pemilihan Presiden AS sejak 2004 memberi inspirasi kepada ramai politikus seluruh dunia menggunakan kaedah serupa bagi menguruskan persepsi terhadap pencalonan mereka.

Pemilihan UMNO tahun ini media sosial buat pertama kali menjadi agen promosi paling efektif memandangkan format baru hasil transformasi oleh DS Najib Razak tidak memungkinkan lagi 'politik wang' menjadi jalan mudah untuk 'membeli' undi dari para perwakilan.

Calon Naib Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam sudah meletakkan satu penanda aras yang cukup tinggi untuk kempen media sosial bila terus mengungguli di kesemua platfom utama.

Undian online yang telah lama dimulakan oleh blogger TaipingMali menunjukkan Lokman Noor Adam terus berada di depan walaupun dikejar oleh dua lagi calon Naib Ketua Pemuda lain, Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar.


Di laman sosial #1 di Malaysia, Facebook; Lokman Noor Adam mendahului jauh dari sudut jumlah 'likes' dan interaksi (talking about this) berbanding page dua orang calon lain. Ini kerana Lokman mengendalikan sendiri pagenya dan menyaksikan interaksi dua hala yang membuatkan lebih ramai penyokong beliau merasa dihargai kerana setiap pendapat dan persoalan dijawab sendiri oleh Lokman.


Kempen melalui video di laman YouTube juga menyaksikan kesan viral yang sungguh mengagumkan bila video-video yang dimuatnaik oleh Lokman Noor Adam mendapat jumlah views (tontonan) dan likes tertinggi.


Aktif dalam interaksi langsung yang cepat di Twitter membuatkan Lokman Noor Adam mempunyai jumlah followers paling ramai. Hashtag #Lokman4NKP juga mempunyai jumlah paling banyak iaitu 93 original tweet dalam masa seminggu.


Di enjin carian No.1 dunia, Google juga menyaksikan Lokman Noor Adam mempunyai jumlah carian paling banyak bagi kategori pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.


Mungkin ada calon mengganggap media sosial tidak memberi sebarang kesan untuk kempen mereka merebut sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini dan terus dengan langkah konvensional yang tidak lagi memberi sebarang impak.

Lokman Noor Adam telah membuktikan kesungguhannya untuk menang... Dan perwakilan yang waras harus memberikan peluang kepada calon yang serius untuk menang bagi terus memperkukuhkan institusi Pemuda UMNO pra-PRU14!! #Lokman4NKP


Comments