Final List - Gabungan Kepimpinan Pemuda UMNO Akan Buat Pembangkang Tercirit Hadapi PRU14~!! @KhairyKj @LokmanAdam #PemilihanUMNO


Tiba hari yang dinantikan, para perwakilan dari Pergerakan Pemuda, Wanita & Puteri akan memilih barisan kepimpinan baru untuk menghadapi PRU14 hari ini. Gua ingin nyatakan sokongan kepada individu2 ini untuk mewakili suara Pemuda yang lebih wibawa... dan diharap perwakilan mempunyai nada yang sama.


YB Khairy Jamaluddin harus terus kekal sebagai Ketua Pemuda... bayangan 'bapa mertua' telah dicampak jauh sejak bertahun lalu dan YB KJ telah membuktikan dirinya memang selayaknya berada di singgahsana teratas Pemuda atas karisma & kapasiti sendiri. Pencabar2 beliau tidak berada di aras/kelas yang  setanding dengan beliau, jauh tertinggal dengan lakonan perjuangan Melayu yang taboo... mendaftar pencalonan seolah-olah untuk mencari populariti semata. #KJ4KP~!!

Lokman Noor Adam sebagai calon Naib Ketua Pemuda. Gua menyaksikan sendiri kerja-keras Lokman ingin membawa perubahan kepada Pemuda UMNO, dengan evolusi kempen di media sosial yang mana beliau sentiasa mendahului (KLIK!) walaupun dicemar pelbagai spekulasi yang tetap memalit dirinya dengan sejarah lampau bersama Parti Keadilan.


Ramai pemimpin UMNO seperti Tengku Razaliegh, Dr Rais Yatim, Shabery Cheek dll yang pernah menolak UMNO untuk bersama Semangat46 dulu tapi tidak disalut persepsi buruk seperti Lokman. Menolak Lokman Noor Adam kerana kesilapan silam adalah sesuatu yang di luar kewarasan kerana manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan adalah manusia yang tidak pernah berbuat apa2 dalam perjuangan hidupnya! Lokman telah buktikan kesilapan lalu adalah pengalaman berharga untuknya membantu UMNO meneruskan survival perjuangan.... #Lokman4NKP~!!

EXCO Pemuda UMNO - Berikut ini pula calon2 Exco pilihan gua, sebahagian besarnya gua kenali secara peribadi sesungguh usaha mereka berjuang untuk agama, bangsa & negara.... barisan EXCO ini dirasakan barisan terbaik yg mempunyai pendekatan & kekuatan tersendiri untuk membantu memperkasakan lagi suara Pemuda dalam medan politik alaf baru:


4. ARMAN AZHA ABU HANIFAH
12. AHMAD FAISAL ABDUL KARIM
16. FATHULBARI MAT JAHYA
18. MUHAMMAD YUSMIZAN MD YUNUS
23. AWANG SALEH MAKMUD
24. MOHAMAD SUJI BILANG MOHD NORDIN
26. RAHIMI ABD KARIM
30. TENGKU ZUHRI TENGKU ABDUL AZIZ
40. ZAIDEL BAHARUDDIN
44. ERWIN MUKHRIZ ZAHARI
46. MOHD FAIZAL DAUD
48. MUA’AMAR GHADAFI JAMALUDIN
54. NURUL IZHAM NURUL ANUAR
57. AZRINIZAM IBRAHIM
59. MOHD IKHMAL ABU BAKAR
61. MUHAMMAD FAIZ HASHIM
63. JEFRIZAL MOHD JAAFAR
67. ANUAR ABD MANAP
68. AZMI MD YATIM
75. MOHAMAD NAZARI AHMAD

.

Comments