Kantoi Maksimas!! #PRKSgLimau: PAS Penipu 'Mempergunakan' Allahyarham Ustaz Azizan


Sekeping foto manipulasi yang didedahkan oleh Sinar Harian hari ini menjadi sinambungan kepada episod penipuan PAS di PRK Sungai Limau.

Umum mengetahui mantan MB Kedah yang juga ADUN Sungai Limau, Allahyarham Ustaz Azizan dihormati oleh kawan dan lawan (BN). Kesempatan itu telah digunakan oleh calon PAS untuk mempergunakan imej Allahyarham bagi kepentingan politik mereka, bagi meraih undi di DUN N20.

Setelah gagal membuktikan perkaitan dengan Ustaz Azizan semasa hayat beliau, calon PAS - Azam Samad dengan bantuan kroninya Mahfuz Omar & Phahrolrazi semakin terdesak untuk mengekalkan legasi 25 tahun PAS di Sungai Limau dengan pelbagai jalan alternatif termasuk penipuan.

Foto penipuan yang digunakan oleh Azam Samad yang disebar secara online & offline didedahkan oleh wartawan Sinar Harian sendiri yang marah bila fotonya semasa menemuramah Ustaz Azizan dimanipulasi menggunakan perisian photoshop dengan mengantikan dengan imej Azam Samad.

Menyalahkan pereka grafik terhadap penyebaran foto ini adalah alasan paling dangkal kerana mustahil Azam Samad atau jentera PAS tidak meneliti langsung setiap foto yang akan disebarkan.

Ini penipuan ketiga yang dilakukan oleh PAS selepas gagal membuktikan dakwaan awal dia mempunyai pertalian keluarga dengan Ustaz Azizan, sebaliknya dibuktikan oleh blogger2 proBN Azam Samad mempunyai pertalian yang lebih dekat (dua pupu) dengan 'musuh' Ustaz Azizan dalam pentadbiran PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi.

Pembuktian itu menguatkan dakwaan calon PAS Azam Samad merupakan proksi kepada Phahrolrazi yang sedari dulu tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ustaz Azizan.

Penipuan kedua dengan membuat polemik sokongan bapa kepada Ahli Parlimen BN Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah diselesaikan bila bapa DS Jamil Khir sendiri memperjelaskan kenyataannya telah dispekulasikan oleh media pembangkang/PAS.

Foto penipuan yang didedahkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini menjadi bukti jelas Mahfuz Omar dan Phahrolrazi semakin terdesak untuk mengangkat imej calon pilihan mereka bagi meraih undi, bila menyedari calon BN Prof Dr Ahmad Sohaimi Lazim berada di aras kredibiliti yang jauh lebih tinggi.

Tolak Calon Penipu.... Tiba masanya untuk pengundi Sungai Limau BERANI HIJRAH demi masa depan mereka!!


Comments