..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Datuk Razali Ibrahim sebagai Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia antara individu yang bertanggungjawab mencetuskan idea program Persidangan Mahasiswa Nasional yang telahpun bermula sejak tahun lepas, sempena Perhimpunan Agung UMNO.

Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Biro IPT UMNO dan Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan dijangka dihadiri oleh 150 orang wakil mahasiswa dari dalam dan luar negara.

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan mahasiswa untuk menjadi jurucakap bagi membawa suara golongan intelektual muda Malaysia di pentas tertinggi parti keramat UMNO.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Razali Ibrahim dan golongan mahasiswa khususnya jangan lupa untuk hadir di PWTC esok (1 Disember 2013) bagi mengikuti persidangan tahunan yang julung kalinya diadakan, bagi mengangkat martabat mahasiswa.



0 das tembakan!:

 
Top