..

UNDER CONSTRUCTIONS...

enosiophobia = criticism fear, phobia of criticism, phobia of being criticized



Datuk A. Kadir Jasin membuat satu sifir mudah bila dirinya dikritik oleh blogger pro-UMNO/BN (??) - "BLOG SUDAH MENJADI TERUK DALAM UMNO".

(Persoalannya benarkan soal basuh seluar dalam kedua-dua bininya itu angkara blogger UMNO?)


Ini bukan berkaitan kritikan kepada DS Najib Razak, tapi cara seorang pengkritik tegar seperti A. Kadir menangani kritikan ke atas dirinya sendiri seolah-olah dia sebenarnya yg sedang mabuk ketum.

Memegang taraf sebagai seorang Tokoh Kewartawanan, kenyataannya tentang blogger UMNO menyerangnya melalui "saluran bembangkang" adalah satu tuduhan melulu yg langsung tidak berasas.

 Jika blogger UMNO mampu menggunakan blog sendiri waima untuk mengkritik DS Najib atau pemimpin2 UMNO lainnya, untuk apa mereka menggunakan saluran/blog pembangkang untuk menjawab kritikan seorang yg bukan siapa-siapa dalam hierarki UMNO seperti A. Kadir Jasin???

Mungkin apa yg dimaksudkan "saluran pembangkang" oleh A. Kadir melalui komen yg menyentuh perihal peribadinya di ruangan komen di blog pembangkang dalam entri berkaitan dirinya. Tiada asas kukuh untuk dia mencari pengomen tersebut (mungkin musuh peribadinya) dan terus membuat tuduhan secara "membasuh seluar dalam di khalayak ramai" dengan menjadikan blogger/cytro UMNO sebagai scapegoat.

Kesimpulannya A. Kadir Jasin diserang wabak enosiofobia kronik kerana mengganggap kritikan ke atasnya di ruangan komen di blog2 pembangkang adalah angkara blogger2 UMNO. Mungkin itu cuma delusinya semata... kurangkan sikit minum ketum tu, Datuk!!

.


0 das tembakan!:

 
Top