..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Mungkin ramai yang tidak sedar Malaysia sebenarnya mempunyai satu badan bebas yang dapat memainkan peranan penting menangani isu kenaikan harga barang.

Malaysia Competition Commission (MyCC) atau Suruhanjaya Persaingan Malaysia mempunyai banyak fungsi kewujudannya tapi tidak banyak dilihat membantu dalam mengatasi masalah yg semakin meruncing sekarang, seperti kenaikan harga barang dan monopoli tidak sihat di kalangan orang tengah.

Functions of the MyCC

• Advising the Minister or any other public or regulatory authority on all matters concerning competition.
• Alerting the Minister to the actual or likely anti-competitive effects of current or proposed legislation and to make recommendations to the Minister, if appropriate, for the avoidance of these effects.
• Implementing and enforcing the provisions of the Competition Act 2010 and the Competition Commission Act 2010.
• Issuing guidelines in relation to the implementation and enforcement of the two laws.
• Advocating competition matters.
• Carrying out general studies on issues connected with competition in the Malaysian economy or particular sectors.
• Collecting information on the performance of the Commission’s functions.
• Publishing information and raising awareness among commercial or trade entities and among the public concerning the two laws and the manner in which the Commission will carry out its functions under the two laws.
• Informing and educating the public on ways in which competition may benefit consumers and the economy of Malaysia.
• Considering and recommending reform of the two laws.

Powers of the MyCC

The MyCC has the authority to:
• Impose financial penalty for the infringement of CA2010.
• Impose fees or charges for services provided by the Commission.
• Grant loans, scholarships and advances to its employees.
• Co-operate with any corporate body or government agency for the purpose of performing the functions of the Commission.
• Require enterprises to provide information to assist the Commission in the performance of its functions.
• Do anything incidental to any of its functions and powers.

Beberapa hari lalu, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun melalui akaun twitternya @azwanbro, telah mengemukakan usul supaya MyCC bertindak bagi menangani manipulasi harga barang oleh sesetengah pihak.


Dari laporan berita hari ini sudah menampakkan MyCC  mula memainkan peranannya, diharap ini adalah usaha berterusan oleh MyCC memandangkan fungsi dan peranan pihak ini amat diperlukan dalam masa sekarang, bila soal kenaikan harga barang sering dispekulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan politikal mereka.


Khairul Azwan ketika dihubungi untuk mengulas lebih lanjut menyatakan MyCC berperanan untuk membantu kerajaan dalam menangani manipulasi harga oleh oleh orang tengah yang mendominasi rangkaian bekalan (supply chain).

"Masalah manipulasi harga timbul apabila segelintir orang tengah yang bergerak seperti sebuah kartel mengawal bekalan barang menyebabkan harga barang menjadi tidak menentu," jelas beliau lagi.

"Apabila bekalan, harga dan kualiti barang menjadi tidak menentu ia secara tidak langsung akan mempengaruhi kenaikan harga barang di pasaran pengguna akhir (end customer market)."

"Maka peniaga yang tiada pilihan terpaksa membeli stok dari orang tengah yang bergerak secara kartel dan mendominasi rantaian bekalan akan menjadi terdesak dan terpaksa menaikkan harga barang."


Tambah Khairul Azwan lagi, dari semua sebab itu maka pengguna akhir iaitu rakyat yang terpaksa menanggung beban di atas manipulasi oleh orang tengah.

"MyCC perlu bertindak sebagai agen anti-monopoli oleh syarikat-syarikat dalam rantaian bekalan bagi mengelakkan dominasi orang tengah yang bergerak secara kartel," tegas Khairul Azwan di akhir perbualan.


0 das tembakan!:

 
Top