#RPDM31D: Tahniah Demonstran~!! Persembahan Najwa Latif Berjaya Digulingkan~!!


Gambar di atas satu sudut damai bagi yang membawa keluarga dan orang2 tersayang untuk meraikan cuti awal tahun 2014 keesokan harinya. Mereka berhibur di Dataran Merdeka sementara menanti detik countdown 12 malam dan menyaksikan persembahan bunga api yang bukan selalu dapat disaksikan dari jarak dekat.

Tapi ruang santai mereka terencat oleh segolongan manusia yang sudah lama terencat fikiran mereka. 

Para demonstran yang mendabik diri sebagai 'pejuang rakyat marhaen' menuntut penurunan harga barang akhirnya menjadi beruk2 tipikal belaan PakatanRakyat bila menimbulkan kekacauan, dengan harapan dapat bermandi water-cannon & menghidu bom asap sebagai propa murahan menuduh kerajaan bertindak zalim.


Walaupun dinafikan oleh pimpinan mereka perhimpunan ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, namun terkantoi juga bila ada pemimpin mahasewel pro-pakatan yang terlanjur melaungkan amaran untuk menggulingkan kerajaan.



Hakikatnya mereka tidak berdaya mengapai matlamat tersebut bila cuma berjaya 'menggulingkan' persembahan Najwa Latif sahaja.

Najwa Latif yang sedang membuat persembahan semasa demonstran berjaya meredah halangan polis memasuki kawasan dataran, terpaksa menghentikan persembahan bila dilontar dengan botol minuman dan pelbagai objek lain.

Persembahan Najwa terpaksa ditamatkan setengah jam sebelum detik 12 malam demi tujuan keselamatan. Sambutan countdown tahun baru 2014 dan tradisi persembahan bunga api juga dibatalkan.

Ramai yang hadir untuk berhibur & berlibur pulang dengan kecewa angkara perbuatan durjana beruk2 demonstran. Anak-anak kecil yang menunggu sedari petang untuk melihat bunga api cuma mampu melihat dari jauh persembahan bunga api di KLCC.



Tahniah diucapkan kepada beruk2 demonstran~!!! TENGOK PULA KEKEJAMAN POLIS KEPADA DEMONSTRAN (KLIK!)



Comments