Hot!! Anwar Ibrahim Akan 'Disataykan' Di PRK #Kajang~!! @KhairyKj @AzwanBro


Satu pertemuan ringkas berlangsung di Kajang malam semalam di antara kepimpinan Pemuda UMNO Selangor dan jentera Pemuda Hulu Langat/Kajang untuk membincangkan tentang gerak kerja menjelang PRK Kajang yang akan berlangsung bulan hadapan. 

Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun menjadi pencetus semangat kepada kebangkitan anak muda tempatan yang akan berjuang habis-habisan menentang kemunafikan Anwar Ibrahim dan PKR dalam pilihanraya kecil itu nanti. 

Majlis itu turut dihadiri oleh kepimpinan Pemuda yang menjadi 'jiran' kepada UMNO Selangor, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan termasuk Ketua Pemudanya Mohd Razlan Rafii. Mohd Razlan menyatakan hasrat berkobar Pemuda WP untuk membantu Pemuda Selangor merampas DUN Kajang dari genggaman PKR.

Kebanyakan jentera Pemuda Hulu Langat/Kajang yang ditemui langsung tidak menzahirkan gentar sekiranya BN bertanding, walaupun terpaksa menghadapi pemimpin teratas pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim. Kebanyakan mereka mahu melihat riwayat politik Anwar Ibrahim tersungkur dan berkubur di Kajang.

BRAVO PPUM!! #BN4KAJANG!!




Comments