Ikhlaskah Kerajaan Ingin Membantu Usahawan Muda BUMIPUTERA?? @TERAJUofficial




Sungguh teruja bila membaca promo Unit Peneraju Ekonomi Bumiputera (TERAJU) berkaitan geran SUPERB, salah satu langkah kerajaan untuk membantu golongan belia bumiputera untuk mengorak langkah menjadi usahawan.

Saya harapkan ini langkah mula untuk mengubah sebuah kehidupan dengan pelbagai idea perniagaan yang bersarang di minda sejak 2008, tapi tidak dapat dimulakan selama ini kerana kekangan modal.

Tapi sekali lagi saya kecewa seperti geran-geran kerajaan yang dimaklumkan sebelumnya bila mereka menetapkan syarat MEMPUNYAI SYARIKAT (SDN BHD, ROC) sebagai satu kreteria minimum untuk memohon.


Kali ini buatkan saya tertanya-tanya benarkah kerajaan/BN ikhlas ingin membantu USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA dengan pelbagai suntikan dana dan geran bila hakikatnya ramai USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA yang tidak mampu melepasi SYARAT MINIMUM (ROC - SDN BHD) untuk memohon??

Saya perhatikan banyak geran-geran lain sebelum ini seperti geran SKMM dan MDeC turut menetapkan syarat minimum MEMPUNYAI ROC - SDN BHD, tanpa memikirkan syarat itu sebenarnya menutup semua ruang untuk USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA mengharap suntikan modal bagi mengorak langkah lebih jauh mengembangkan perniagaan.

Apa jadinya bila syarat minimum ROC dikenakan untuk mula memohon??
Dalam tawaran geran yang tidak menetapkan syarat BUMIPUTERA, seperti geran oleh SKMM & MDeC banyak syarikat BUKAN BUMIPUTERA yang mengambil peluang untuk mengaut semua suntikan modal oleh kerajaan kerana kemampuan mereka dari sudut kewangan untuk mendaftar seberapa banyak syarikat SDN BHD (ROC). Selepas mereka mula menerima geran walaupun secara berperingkat, mereka akan mendaftar syarikat2 lain atas nama 'proxy' dan memohon lagi (dan lagi, dan lagi) geran kerajaan tersebut sehingga kering. USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA DIBIARKAN TERKONTANG-KANTING KERANA TIDAK MAMPU MELEPASI KELAYAKAN MINIMUM UNTUK MEMOHON (ROC -SDN BHD)...
KESUDAHANNYA?? USAHAWAN-USAHAWAN BUKAN BUMIPUTERA PENGUNDI DAPig YANG LEBIH BANYAK DIBANTU OLEH KERAJAAN!!!

Rata-rata USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA yang baru ingin memulakan perniagaan cuma mampu menggunakan pendaftaran perniagaan (ROB - ENTERPRISE) untuk memulakan langkah menjadi usahawan, dengan kos pendaftaran ROB yang tidak terlalu membebankan.

Kos pendaftaran SDN BHD (ROC) sekurang kurangnya memerlukan RM2,500 ditambah dengan pendaftaran akaun syarikat paling minimum (AmBank) sebanyak RM500 menjadikan jumlah yang perlu disediakan adalah RM3,000.

Mungkin bagi sesetengah pihak jumlah RM3,000 agak kecil dan mudah untuk mendapatkannnya. Tapi bagi kebanyakan BELIA BUMIPUTERA untuk menyediakan RM3,000 merupakan satu jumlah yang boleh menjejaskan survival hidup bulanan mereka, seperti yang saya sendiri alami sejak 2008.

Apa solusinya??
Jika benar niat untuk membantu USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA harus faham hakikat dan kemampuan mereka... MENGAPA TIDAK MEMBOLEHKAN SYARAT MINIMUM MEMOHON MENGGUNAKAN NAMA PERNIAGAAN (ROB) untuk sekurang-kurangnya memberi peluang idea/bizplan mereka dipersembahkan... dan seterusnya barulah disyaratkan mereka menaiktaraf perniagaan (ROB) tersebut menjadi sebuah syarikat (ROC) selepas mendapat modal fasa permulaan bila permohonan geran diluluskan.

Solusinya mudah saja tapi menjadi sukar bila KERAJAAN tidak peka untuk menyelami masalah rakyat terbanyak... -RioRashid (1peluru.com)








Comments