..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Kenyataan Zuraida Hina Kaum Wanita Dan Diri Sendiri -Chew

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun pada Ahad membidas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil itu.

Chew berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa.

"Parti (MCA) berusaha yang terbaik untuk memilih calon yang sesuai dan bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita.

Zuraida Kamarudin
"Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ulang tahun ke-65 dan mesyuarat agung luar biasa MCA di sini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang berkata BN menghantar Chew sebagai calon parti itu supaya Chew boleh dipersalahkan sekiranya BN kalah dalam PRK pada 23 Mac ini.

Chew berkata biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan, beliau tetap bersemangat dan akan bekerja kuat untuk memenangi PRK itu.

Beliau sekali lagi memohon agar pengundi di Kajang memberi sokongan kepadanya bagi membolehkan BN mengukuhkan peranannya di Selangor.

Chew dijangka dicabar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas presiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim. -- BERNAMA


0 das tembakan!:

 
Top