..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Projek MRT Kajang yang turut diwar-warkan menjelang PRK Kajang 
bukanlah satu kempen adhoc untuk memancing undi, tapi satu usaha berterusan oleh 
kerajaan/BN memastikan sistem pengangkutan awam darat berada di tahap yang 
terbaik bagi keselesaan rakyat.

Projek ini diperjelaskan dalam program
'Majlis Penerangan Ekonomi Nasional (PENA)' yang diadakan di Kajang
minggu lepas yang turut dihadiri oleh calon PRK Kajang,
Datin Paduka Chew Mei Fun.


Dalam siri kempen calon Barisan Nasional dari MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, projek MRT Kajang yang merangkumi rencana “Greater Kl” menjadi penyeri dan bahan untuk diceritakan kepada rakyat tentang usaha usaha pembangunan transportasi oleh kerajaan,

Walaupun tidak seperti biasa dimana pada setiap Pilihan Raya kecil pasti ada durian runtuh atau pun “bonus” diumumkan oleh pihak kerajaan, namun kali ini penjelasan berkenaan projek MRT Kajang memadai untuk menjadi bukti bahawa usaha untuk menambahbaikan sistem pengangkutan awam darat kepada rakyat ada lah usaha berterusan dan komitmen yang tidak ada kena mengena dengan pilihanraya.


Penduduk Kajang diperjelas kan berkenaan faedah dan kepentingan nya kepada pembangunan negara dan kepada mereka yang tinggal disekitar kawasan itu.

Seperti mana hasrat kerajaan mahu mencapai purata 50% rakyat menjadi pengguna pengangkutan awam menjelang 2020 dari sejumlah 17% yang pada hari ini, nyata sekali projek terbesar negara ini bakal menyumbang kepada penjumlahan itu.

Laluan Sungai Buloh-Kajang yang merangkumi sejauh 51 kilometer dimana, 9.5km adalah melalui jalan bawah tanah.

Akan ada sejumlah 31 stations dilaluan ini sambil 3 lagi akan disedia kan untuk laluan persiapan akan datang.

Dijangkakan 1.2 juta penduduk dikawasan seperti sungai Buloh , Kota Damansara , dataran Sunway , Bandar Utama TTDI, seksyen 16, Pusat Bandar damansara , Kl Sentral, warisan Merdeka , Bukit Bintang, Pasar Rakyat Cochrane, Maluri , Cheras dan Kajang akan dapat merasai perkhidmatan nya.

Dari jangkaan SPAD sejumlah 58 gerabak akan dibekalkan sebaik sahaja siap laluan Sungai Buloh-Kajang. Kapasiti sebuah keretapi mampu membawa kapasiti penumpang seramai 1200 orang yang mana hampir bersamaan 12 buah bas atau pun 700 kereta.

Sejumlah hampir setengah juta penumpang sehari mampu diangkut oleh keretapi ini dimana frekuensi nya dianggarkan sebuah setiap 3,5 minit.

Apapun yang pasti penduduk Kajang tidak didongengkan dengan kisah sensasi oleh pihak pembangkang selain diberi gambaran projek nyata dan realiti terhasil dari kerja perancangan SPAD untuk dihidangkan kepada pengundi. [thechulan]


0 das tembakan!:

 
Top