..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Tiada harga yang mampu membayar prinsipnya... Datin Paduka Chew Mei Fun, calon BN PRK Kajang sanggup melepaskan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan pada tahun 2010, kerana tidak mahu berketuakan seseorang yang bersalut skandal. 

Itu fakta, kerana kerana Presiden MCA yang terpilih ketika itu, DS Chua Soi Lek sendiri mengakui lelaki dalam video cctv 'panas' yang pernah tersebar seketika dulu adalah dirinya.

Mei Fun menegaskan perletakan jawatannya kerana mempertahankan hak dan maruah kaum wanita. Itu janjinya sebelum pemilihan MCA ketika itu bermula, dan beliau menunaikan janjinya walaupun terpaksa melepaskan segala kepentingan dalam hidup & memperjudikan masa depan politiknya sendiri.

Natijah dari semua itu beliau kini menyandang jawatan yang lebih membanggakan di dalam MCA, Naib Presiden bersama ketua dan barisan kepimpinan baru MCA yang lebih mantap!

Penduduk Kajang harus merasa bersyukur kerana individu berprinsip seperti ini yang akan menjadi wakil mereka di DUN Selangor, sekiranya beliau memenangi PRK Kajang 23 Mac nanti.

- #PilihMeiFun - 


0 das tembakan!:

 
Top