#PRKKajang: IkrarJanji Bukan Hanya Untuk #Kajang, Tapi Seluruh Rakyat Selangor~!! #PilihMeiFun



Berpaksi kepada slogan DEMI INTEGRITI DAN KREDIBILITI, Datin Paduka Chew Mei Fun melafaz ikrar & janjinya untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Kajang dengan sedaya-upaya. Kemenangan Mei Fun 23 Mac nanti bukan sahaja mendatangkan keuntungan untuk penduduk Kajang, tapi dapat menjana impak kepada seluruh rakyat Selangor jika ada wakil wanita dari MCA mewakili barisan pembangkang (BN) di DUN Selangor. Lafaz IKRAR & JANJI Chew Mei Fun telah berlangsung di Markas Induk MCA di Taman Berjaya, Sg Chua, Kajang, siang tadi.... yang pastinya lebih bermakna dari manifesto yang diomongkan oleh calon lawan. #PilihMeiFun

IKRAR MEI FUN:

1. Memperkuatkan 'check & balance' terhadap kerajaan negeri Selangor.

2. Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.

3. Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yg konstruktif.

4. Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

JANJI MEI FUN:

1. Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.

2. Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yg memuaskan. Memantau keberkesanan pihak MPKj dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur termasuk jalan,longkang,lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

3. Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yg dirancang oleh kerajaan pusat,demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yg kian menular.

4. Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.

5. Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah,mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam,menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keadaan keselamatan.

Majlis Pelancaran Janji Mei Fun Kepada Warga Kajang telah berlangsung di Markas Induk MCA di Taman Berjaya, Sg Chua, Kajang, sebentar tadi.


Comments