..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Calon PKR dalam PRK Kajang sudah pasti bukan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim selepas mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya semalam. PKR berkemungkinan akan meletakkan calon lain yang menunggu masa untuk diumumkan. Siapapun calon yang akan ditentang, Datin Paduka Chew Mei Fun tetap mempunyai kelebihannya tersendiri.

Kelebihan yang dimiliki oleh Chew Mei Fun ini adalah berdasarkan kepada kredibiliti, integriti dan juga beberapa faktor yang dilihat bersih dan juga bebas daripada sebarang bentuk isu dan kontroversi keatas diri beliau dan juga parti yang dinaunginya selama ini.

Menurut rekod, calon pilihan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil DUN Kajang ini memiliki rekod yang sangat bersih berdasarkan beberapa pendirian dan juga prinsip ketika beliau menjadi senator dan ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 9 April 2009.

Chew Mei Fun juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Wanita MCA sebelum ini. Beliau melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Wanita MCA dan kesemua jawatan yang disandang oleh beliau pada tahun 2010 berikutan perlantikan Chua Soi Lek sebagai presiden parti tersebut oleh perwakilan pada tahun yang sama.


Pada 28 Mac 2010 semasa pemilihan MCA, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks DVD dilantik sebagai presiden. Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis.

Ramai yang menyindir supaya Chew Mei Fun meletak jawatan sebagaimana ikrar. Ramai pengikutnya di Wisma MCA membawa sepanduk “Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita”, “Kami sokong anda”, “Kami perlukan anda” dan “Jangan letak jawatan!”

Berdasarkan kepada ‘Track Record’ bersih yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional daripada parti MCA ini, jelas dapat digambarkan bahawa beliau adalah calon yang amat sesuai untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Kajang pada pilihanraya kecil DUN pada kali ini.


Chew Mei Fun mengecam tindakan Ahli Parlimen Taiping Nga Khor Ming yang menghina dirinya sebagai ‘pembantu rumah’ menerusi laman sosial Twitter baru-baru ini.

Beliau juga menyifatkan tindakan Nga mengutuknya hanya kerana kad ucapan sempena Hari Wanita Sedunia sebagai satu diskriminasi dan pemimpin DAP itu harus meminta maaf kepada semua wanita di negara ini.

“Saya hanya mengedarkan kad ucapan khas kepada pengundi wanita sekitar Dun Kajang bagi memberi penghormatan kepada mereka sempena Hari Wanita Sedunia dengan menggunakan gambar sebuah seterika antik.

“Penggunaan gambar seterika dalam kad ucapan itu adalah melambangkan kuasa wanita untuk meringankan kesakitan dan perjuangan dalam keluarga seperti menghilangkan kedutan pada kain, bukannya sebagai pembantu rumah seperti yang didakwa beliau,” katanya kepada selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden MCA baru-baru ini.

Chew Mei Fun yang menyertai program lawatan rumah ke rumah di Sungai Chua Kajang, mengedarkan kad ucapan khas tersebut kepada pengundi wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang akan disambut pada hari ini.

Nga yang juga Ketua DAP Perak menerusi laman sosial di Twitternya berkata: “MCA candidate ‘Char Bee Hun’ dressed up as a janitor aunty, today she holds an iron. I think she wants to apply for a maid position and forgot the rakyat wants to elect a vocal and capable lawmaker.”

(Calon MCA ‘Char Bee Hun’ berpakaian seperti makcik penjaga bangunan, hari ini dia memegang seterika, saya fikir dia mahu memohon kerja sebagai pembantu rumah dan lupa rakyat mahu memilih pengubal undang-undang yang lantang dan berkebolehan).

Kenyataan itu bagi merujuk kepada kad ucapan Mei Fun yang dicetak dalam versi Mandarin dan Bahasa Inggeris dengan slogan berbunyi ‘trusty and reliable Chew Mei Fun’.

0 das tembakan!:

 
Top