..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Pagi semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Sunway telah menganjurkan lawatan dan taklimat mengenai Bus Rapid Transit (BRT) Sunway yang diadakan di Hotel Sunway Resort & Spa, Petaling Jaya.

BRT Sunway adalah merupakan projek BRT yang pertama seumpamanya di negara ini, yang menghubungkan KTM Seri Setia, Petaling Jaya dan LRT USJ Subang Jaya. Ianya dijangka pada tahun 2016 dan akan memberi kemudahan kepada lebih 500,000 penduduk sekitar Sunway dan USJ Subang Jaya.

BRT adalah satu sistem transit yang mengguna bas berasingan, dilengkapi dengan stesen moden, perkhidmatan bas pengantara, akses pejalan kaki bersepadu, kekerapan pengangkutan dan perkhidmatan yang tinggi frekuensi. Satu kelebihan projek BRT Sunway Line ialah pengangkutan bas elektrik.


Disamping itu ia bakal menyediakan kemudahan tempat 'park and ride' berdekatan kampus Universiti Monash yang boleh memuatkan 1,200 kereta. Bas ini juga akan mempunyai laluan khasnya sendiri dan bakal melalui kesemua pusat-pusat komersil utama. BRT Sunway Line juga akan menyediakan sistem bus mesra alam terkini dengan ciri-ciri mesra OKU.

Antara faedah kepada kepada pengendali BRT adalah ianya boleh meningkatkan mutu perkhidmatan, operasi dan jumlah pengangkutan awam. Bagi orang awam pula, masalah perjalanan akan menjadi lebih pendek dan selesa, dan pada masa yang sama mereka boleh menikmati mutu perkhidmatan yang lebih cekap dan mengecapi kualiti dan gaya hidup yang lebih baik.

Faedah bagi Kerajaan pula, BRT adalah perkhidmatan transit yang lebih murah, cepat, mesra dan fleksible serta dapat meningkatkan jumlah penumpang di koridor yang berkenaan. -KRO


0 das tembakan!:

 
Top