[Video] Wan Azizah Tuduh Kerajaan Malaysia Upah Bomoh Cari Pesawat #MH370 - #PRKKajang #PilihMeiFun #PrayForMH370

Portal berita The Malaysian Insider (TMI) telah memadam artikel berkaitan calon PKR Kajang, Dr Wan Azizah yang menuduh kerajaan Malaysia tidak serius menangani kehilangan pesawat MH370 dan mengupah bomoh untuk mencari pesawat tersebut.

Di bawah adalah petikan artikel TMI yang sempat disalin sebelum dipadamkan selepas Dr Wan Azizah teruk 'dibelasah' di media sosial kerana mengaitkan ketidakseriusan kerajaan/BN dalam usaha pencarian pesawat MH370 sedangkan Malaysia telah berusaha bersungguh-sungguh sejak hari pertama pesawat tersebut diberitakan hilang. Lebih teruk Wan Azizah mengaitkan kehadiran bomoh di KLIA atas jemputan kerajaan/BN.

Malaysiakini pula tidak berani untuk menyiarkan video penuh ucapan Wan Azizah di Ceramah Perdana PR di Taman Maju Satu malam semalam.


PETIKAN BERITA TMI:

Ketika 13 negara menjalankan misi mencari dan menyelamat menggunakan peralatan dan kelengkapan canggih untuk mengesan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, tindakan Malaysia menggunakan khidmat "Bomoh Do Re Mi" memalukan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu dalam ceramah di Taman Maju Satu, Kajang malam tadi berkata, tindakan menggunakan bomoh itu memalukan negara, apatah lagi Malaysia turut dikenali sebagai salah sebuah negara Islam di dunia.

"Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar.

"Kita ada satu filem P Ramlee dahulu, Laksamana Doremi, itu memang dongeng," katanya ketika berceramah di hadapan 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR) merujuk kepada lagenda seni tanah air.

"Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini. Memalukan orang Islam," katanya.

Isu berkenaan kehilangan pesawat MH370 mula menjadi sebahagian intipati ceramah kempen PR untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan. -TMI


Pilih calon yang lebih prihatin tentang nasib rakyat... #PilihMeiFun


Comments